Benda paling kita nak elak kalau makan dekat luar atau beli makanan dari luar ialah terjumpa ‘benda’ yang tak sepatutnya dalam makanan atau dekat kawasan sekeliling kan?
Kebersihan pun merupakan benda paling penting yang kita check dulu sebelum makan kat mana-mana tempat. Kang tak pasal-pasal sakit perut.
Macam baru-baru ini, seorang wanita telah kongsikan video penemuan jijiknya semasa sedang makan di sebuah restoran.
Dalam video tersebut, boleh dilihat wanita itu kelihatan terkejut bila melihat ada dua ekor tikus sedang berkeliaran di tempat memotong ayam goreng. Allahu…
Kalau korang tengok video dekat bawah ni, kawasan nasi dan lauk pauk itu tak dijaga oleh mana-mana pekerja, ini menyebabkan dua ekor tikus itu selamba je duduk ‘bertenggek’ di situ.
https://www.tiktok.com/@ayuwho_/video/7056808071678446875?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Tambah meloyakan, kelihatan seperti wanita ini dan rakannya telah pun selesai menjamu selera di kedai tersebut. Walaupun mungkin tak makan pun nasi dia, tetap loya tau nampak tikus duduk dekat makanan macam tu.
Menerusi ruangan komen, ramai netizen telah meminta agar wanita itu memberitahu nama kedai tersebut serta turut menasihatkannya membuat laporan kepada pihak berwajib. Ini kerana, macam yang ramai tahu tikus merupakan haiwan yang kotor dan najisnya juga boleh membuatkan kita jatuh sakit.
Harapnya lepas baca komen ni, tergeraklah hati wanita ni nak buat laporan. Sia-sia je nanti kalau orang lain makan kat situ lepas ni.
Baca: “Eee kotornya!” – Netizen Geli Tengok Cara Restoran Popular Di Kg Baru, KL Sediakan Makanan