Bila bercakap pasal keropok lekor ini, masing-masing ada citarasa tersendiri, ada yang suka yang padat dengan isi ikan dan ada yang suka lembut yang mereka menggelarkannya keropok losong.
Bagaimanapun, sebenarnya keropok itu yang kita maksudnya itu sebenarnya adalah sama sahaja dengan keropok lekor. Ia apabila timbul perbalahan dalam kalangan netizen selepas ada idnividu kongsikan jenis-jenis keropok lekor.
Artikel berkaitan : “Saya dah mengaku salah” – Peniaga Keropok Lekor Dedah Punca Sebenar ‘Pergaduhan’ Dengan Peniaga Laksa
Artikel berkaitan : [Video] Didakwa Tak Puas hati Berniaga Sebelah Kedai, Peniaga ‘Flip Table’ Kedai Pesaing?
Dalam satu perkongsian ada individu kongsikan jenis-jenis keropok lekor yang sudah dipotong, individu tersebut menjelaskan selepas ia digoreng akan ada nama tertentu selepas ianya dipotong.
Katanya keropok losong adalah keropok yang luarnya rangup tapi dalamnya lembut, sementara itu lekor pula keropok jenis yang menggunakan ikan lebih, nipis jenis rangup dan paku, iaitu rasa ikan lebih padat.
Ajaran sesat. Sebagai orang Terengganu totok, kita nak betulkan sikit.
Itu semuanya keropok lekor. Bezanya hanyalah ratio tepung dan ikan, dan cara potong.
Yang nipis tu pun asalnya keropok lekor tapi hiris nipis jadi keropok keping.
Losong nama tempat. Bukan jenis keropok. ? https://t.co/zoUFoRYHbp
— AWANG (@idespisecats) June 10, 2024
Oleh sebab itu, seorang pemuda yang juga merupakan anak jati Terengganu menyatakan bahawa kesemua maklumat yang diberikan itu adalah karut. Jelasnya kesemua jenis potongan itu dinamakan keropok lekor. Bahkan tanggapan yang mengatakan keropok losong itu bukanlah seperti mana yang diperkatakan. Jelasnya, losong itu hanyalah nama tempat yang dinamakan Kampung Losong.
Oh, baru tahu, selama ni min pun ingatkan keropok losong itu macam dalam gambar ni.
Sumber : X