Wow panas-panas juga isu minggu ni, dari usaha selebriti nak menamatkan perang dingin hinggalah insiden tarik rambut yang dikatakan akan diselesaikan di mahkamah.
Ha, kalau korang tak tahu apa ceritanya, jom ikuti #LobakMerahTOP5 untuk tengok berita paling viral dan sensasi yang berlaku sepanjang minggu ni!
1. Syed Saddiq didapati bersalah
Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah atas empat tuduhan melibatkan kes pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana Armada Bersatu.
Susulan ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda sebanyak RM10 juta dan dua sebatan ke atas ahli politik ini.
Namun begitu, Hakim membenarkan Syed Saddiq untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan dan mengarahkan agar syarat jaminan dikekalkan.
Artikel berkaitan: Dihukum Penjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta & 2 Sebatan: Ini Kronologi Penuh Kes Pecah Amanah Syed Saddiq
2. Aliff Syukri & Diva AA bergaduh sampai tarik rambut?
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan usahawan sensasi Aliff Syukri telah menarik rambut pengacara kontroversi Azwan Ali di atas pentas dalam sebuah program di Singapura.
Ekoran ini, Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA dilihat memuat naik beberapa hantaran video menyatakan dirinya tidak menerima permohonan maaf usahawan terbabit.
Tak cukup dengan itu, Diva AA mendakwa telah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap Aliff dengan memberi notis saman malu sebanyak RM100 juta.
Tidak mendiamkan diri, Aliff Syukri memberitahu dia enggan mengeluarkan kata makian kepada Diva AA dan hanya membiarkan peguam dari pihaknya untuk menyelesaikan isu tersebut.
Artikel berkaitan: Aliff Syukri & Diva AA Bergaduh Sampai Tarik Rambut Di Singapura?
3. Lelaki kasari rider penghantar makanan
Baru-baru ini, tular satu video mengenai seorang lelaki yang memakai blazer merah telah mengasari seorang rider penghantar makanan di hadapan sebuah premis perniagaan di Persiaran Tun Razak.
Video terbabit telah mendapat kecaman hebat netizen yang menyifatkan tindakan lelaki itu tidak berperikemanusiaan kerana menyakiti rider terbabit. Difahamkan, lelaki tersebut salah faham dengan loghat yang digunakan rider terbabit yang kedengaran berbeza dari bahasa Melayu.
Dikatakan perkara ini telah pun diselesaikan selepas kedua-dua belah pihak telah bertemu dan meminta maaf dengan satu sama lain. Tak cukup dengan itu, lelaki yang menyakiti rider tersebut juga turut meminta maaf kepada orang Sabah ekoran kenyataannya yang telah mengguris hati orang di sana.
Artikel berkaitan: “I love Sabah” – Kes ‘Lock’ Leher Rider, Lelaki Blazer Merah Mohon Maaf Pada Orang Sabah
4. Shuib tak bayar gaji pekerja?
Seorang individu yang tidak dikenali baru-baru ini telah memuat naik kenyataan di TikTok mendakwa majikan Bubble Bee culas dalam tanggungjawab membayar gaji dan gagal membuat caruman KWSP pekerja.
Menerusi pendedahan itu, syarikat Bubble Bee dikatakan menolak bahagian gaji pekerja bagi caruman KWSP setiap bulan tapi sebenarnya tiada transaksi yang berlaku pada akaun pekerja.
Dakwanya, isu ini tidak pernah berlaku sepanjang tahun 2021 dan 2022 namun apabila masuk tahun 2023, hanya satu atau dua bulan sahaja yang dicarum.
Selain isu caruman KWSP, syarikat itu juga dikatakan kerap lewat membayar gaji pekerja sehinggakan melebihi hari ketujuh minggu pertama bulan berikutnya.
Kalau korang nak tengok cerita penuh individu yang mendakwa pekerja Bubble Bee ni korang boleh tekan link di bawah:
Artikel berkaitan: “Majikan bermewah, pekerja tercungap” – Individu Dakwa Bubble Bee Lambat Bayar Gaji & Tak Carum KWSP?
5. Neelofa mahu tamatkan perang dingin tapi Fazura tak nak?
Menerusi satu temubual, Neelofa telah menyatakan keinginannya untuk berdamai dengan rakan selebriti, Fazura selepas bergaduh hampir 13 tahun.
Menurut Neelofa, dia bersedia untuk bersemuka dengan Neelofa sekaligus menamatkan persengketaan di antara mereka dan tak perlu untuk mengelak dari berada bersama-sama di satu tempat.
Namun begitu, Fazura menepis dakwaan perang dingin di antara dirinya dan Neelofa dan mengatakan bahawa dia berhak untuk menentukan siapa yang sesuai berkawan dengannya.
Faz berhak menentukan dengan siapa Faz sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi. Kini, izin suami dengan siapa Faz wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan.”
Artikel berkaitan: “Tidak berkawan, tak semestinya memusuhi” – Ini Respon Fazura Bila Neelofa Ajak Berdamai