in

Dihukum Penjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta & 2 Sebatan: Ini Kronologi Penuh Kes Pecah Amanah Syed Saddiq

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah atas empat tuduhan melibatkan kes pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana Armada Bersatu.


Ekoran ini, dia telah dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta. Kalau korang nak tahu kronologi penuh kes pecah amanah Syed Saddiq ni, korang boleh baca dekat bawah ni:

Artikel berkaitan: Syed Saddiq Didapati Bersalah Atas Tuduhan Pecah Amanah, Salah Guna Harta & Pengubahan Wang Haram

Artikel berkaitan: Syed Saddiq Dijatuhkan Hukuman Penjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta & 2 Sebatan

22 Julai 2021

Syed Saddiq didakwa atas pertuduhan pecah amanah melibatkan RM1 juta milik parti politik dan salah guna wang dana Pilihan Raya Umum ke-14 sebanyak RM120,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

8Bf740D6 Syed Saddiq 091123

5 Ogos 2021

Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan rasuah iaitu pengubahan wang haram berjumlah RM100,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan membenarkan kes ini untuk dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama dengan kes pecah amanah.

23 Ogos 2021

Syed Saddiq memohon supaya empat dakwaannya dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

25 November 2021

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan tersebut.

19 Januari 2022

Syed Saddiq dinasihatkan oleh hakim Mohamed Zaini Mazlan supaya lebih berhati-hati ketika memberikan kenyataan mengenai kes mahkamahnya ini di media sosial.

14 Mac 2022

Pasukan pembelaan menutup kes selepas memanggil empat orang saksi termasuk Syed Saddiq.

Syed Saddiq Criminal Tr 1St Day Defence 9Am Kl High Court Msy 0053 20230222143505 Theedgemarkets

24 Mac 2022

Pihak pendakwa raya memfailkan pindaan bagi dua pendakwaan terhadap Syed Saddiq masing-masing atas tuduhan pecah amanah melibatkan RM1 juta dan penyelewengan dana sebanyak RM120,000 milik Armada. Syed Saddiq meminta perbicaraan dijalankan untuk kedua-dua pertuduhan ini.

21 Jun 2022

Hari pertama perbicaraan kes Syed Saddiq di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid.

4 Julai 2022

Datuk Azhar memberi peringatan kepada semua parti untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan atau komen mengenai kes ini.

7 Julai 2022

Pihak pembelaan memfailkan permohonan untuk menolak kredibiliti saksi utama, Rafiq Hakim Razali, berikutan percanggahan dalam kenyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah, tetapi permohonan itu ditolak.

8 Julai 2022

Syed Saddiq memohon maaf kepada Mahkamah Tinggi selepas memberi komen mengenai perbicaraan kesnya yang sedang berlangsung di media sosial.

21 Julai 2022

Azhar mengingatkan orang ramai untuk tidak melebih-lebih ketika memberikan komen mengenai perbicaraan kes Syed Saddiq di media sosial.

22 Julai 2022

Syed Saddiq sekali lagi memohon untuk menolak kredibiliti Rafiq Hakim sebagai saksi namun ditolak oleh mahkamah.

27 September 2022

Pihak pendakwa raya menutup kes selepas memanggil 30 saksi termasuk ibu bapa Syed Saddiq dan bekas penolong bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali.

28 Oktober 2022

Mahkamah Tinggi menemui bahawa pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Syed Saddiq dan meminta agar Syed Saddiq membela diri ke atas empat pendakwaan penyelewengan aset, pengubahan wang haram, dan bersubahat dalam pecah amanah.

9 November 2023

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan yang melibatkan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana Armada Bersatu.

Hakim juga pada masa yang sama membenarkan Syed Saddiq untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan.

Sumber: Sinar Harian, Sinar Daily, Awani

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.