in

“I love Sabah” – Kes ‘Lock’ Leher Rider, Lelaki Blazer Merah Mohon Maaf Pada Orang Sabah

Lelaki Blazer Merah Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekitar minggu lalu, tular sebuah video mengenai seorang lelaki yang memakai blazer merah telah mengasari seorang rider penghantar makanan di hadapan sebuah premis perniagaan di Persiaran Tun Razak.


Video terbabit telah mendapat kecaman hebat netizen yang menyifatkan tindakan lelaki itu tidak berperikemanusiaan kerana menyakiti rider terbabit.

Difahamkan, lelaki tersebut bertindak menyerang rider itu dipercayai salah faham dengan loghat yang digunakan rider terbabit yang kedengaran berbeza dari bahasa Melayu.

Artikel berkaitan: Lelaki Belasah ‘Rider’ Sebab Tak Puas Hati Kena Hon Dicekup Polis, Rupanya Positif Dadah

Artikel berkaitan: “Terima kasih bang” – Ramai Puji Tindakan Rider Tegur Pengguna Lelaki Duduk Dalam Koc Wanita

Screenshot 2023 11 09 153208

Susulan kes tersebut, lelaki itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap orang Sabah berhubung kenyataan yang dikeluarkan dalam kejadian terbabit.

Menerusi video yang dimuat naik di TikToknya, dia sedar kenyataan sebegitu telah mengguris hati dan perasaan ramai pihak.

@ranggi017

♬ bunyi asal – ranggi017 – ranggi017

“Saya ingin memohon maaf terhadap orang-orang Sabah ataupun sesiapa yang terasa atas percakapan saya dalam video viral sebelum ini.

“Saya tidak ingin perkara ini terjadi dan saya juga tidak ingin perkara ini berlarutan. Saya betul-betul minta maaf dari hujung hati ke hujung tangan,” katanya.

Dia juga berharap, kejadian tular itu tidak lagi berlarutan dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menyelesaikan kes tersebut.

“Sekali lagi saya minta maaf, supaya benda ini tidak berlaku lagi dan tidak berpanjangan.

“Saya tiada masalah dengan orang-orang lain, juga tiada masalah dengan orang Sabah. Saya sayang semua orang. I love Sabah,” katanya.

Sebelum ini, lelaki terbabit mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua pihak sudah pun berdamai. Namun, pihak keluarga mangsa menyatakan kes tersebut masih dalam siasatan.

Sumber: TikTokKosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.