in

#LobakMerahTOP5: Rangkuman Kisah Paling Viral & Sensasi Minggu Ini, Korang Dah Baca Belum?

Collagefeat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu ini, konflik Israel-Palestin masih lagi mendominasi media-media di dalam dan luar negara. Jadi, banyak kisah-kisah viral dan sensasi yang berlaku pada minggu ini juga berkisar kepada konflik ini.

Jadi, jom kita tengok apa kisah viral apa yang tersenarai di dalam LobakMerahTOP5 minggu ni!


1. Sabri Yunus selamat bernikah dengan Angeline Tan

Angelineliner Bhfield Image Listing Featured V2

Baru-baru ini, pelawak dan pelakon terkenal telah selamat menikahi pelakon Angeline Tan pada hujung minggu lalu selepas berkenalan selama hampir 30 tahun.

Dikatakan, Sabri Yunus telah pun merancang untuk berkahwin dengan Angeline sejak tiga tahun lalu namun memberikan masa untuk isterinya itu mendalami ajaran Islam terlebih dahulu.

Kalau korang nak tahu, sebelum ini Angeline Tan telah memeluk Islam pada awal Oktober lalu dengan nama islamnya Ardini.

Artikel berkaitan: “Apa kata kita kahwin?” – Angeline Tan Kongsi ‘Moment’ Sebelum Dilamar Sabri Yunus

2. Jenama dUck dikecam lepas keluarkan koleksi tema Palestin

Duck Palestine

Baru-baru ini, jenama tempatan terkenal, dUck telah dikecam hebat oleh netizen apabila ia melancarkan koleksi selendang, cawan dan beg bertemakan bendera Palestin.

Jenama ini turut mengatakan bahawa 100% untuk jualan tersebut akan disalurkan kepada badan bukan kerajaan Viva Palestina Malaysia.

Namun begitu, ramai netizen menganggap tindakan jenama ini tidak sensitif lebih-lebih lagi dengan peningkatan pergolakan yang sedang berlaku di sana sekarang.

Ekoran ini, pengasas jenama ini Vivy Yusuf telah menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengambil sebarang wang dari koleksi tersebut dan baru-baru ini, Viva Palestina mengeluarkan kenyataan bahawa duit dari jualan tersebut telah pun disumbang kepada Palestin dan hasilnya berjaya menyuap lebih 200 orang di sana makanan panas.

Artikel berkaitan: “2K penduduk makan hari ni” – Hasil Jualan The Palestine dUCk +, Vivy Yusof Agih RM600,000 Ke Gaza

3. Syamimia dikecam gara-gara tak kongsi isu Palestin

2339813

Dengan konflik Israel-Palestin yang sedang berlaku sekarang, ramai selebriti dan influencer telah menggunakan platform mereka untuk memberi kesedaran dan sokongan mengenai isu ini.

Disebabkan ini, tindakan pempengaruh Syamimia yang memuat naik sebuah video di TikTok untuk menjelaskan kenapa dia memilih untuk tidak menyuarakan isu Palestin ini telah mendapat kritikan yang hebat dari netizen.

Bukan tu je, tindakan dia juga telah menyebabkan pempengaruh ini kehilangan hampir 200 ribu pengikut di TikToknya.

Selepas dikecam, Syamimia dilihat telah pun mula kongsikan mengenai isu Palestin di Instagram peribadinya serta mengakui kesilapannya dan memadam video yang dimuat naiknya sebelum ini.

Artikel berkaitan: “Takut kena banned ke?” – Netizen Tak Setuju Alasan Influencer Kenapa Tak Kongsi Isu Palestin

4. Hospital Al Ahli Gaza dibedil Israel

2023 10 18T082115Z 1965321312 Rc2Gu3Aeld4P Rtrmadp 3 Israel Palestinians 76E5Aec0207Ff2E1F4490D1C11Bff982E327F152 S1100 C50

Selasa malam lalu, Israel telah membedil Hospital Al-Ahli di Gaza hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 500 orang warga Palestin maut.

Serangan ini juga turut mengorbankan pesakit, doktor dan ratusan penduduk Palestin di hospital yang menempatkan ribuan orang awam yang menerima rawatan perubatan dan perlindungan daripada serangan tanpa henti.

Ekoran ini, banyak negara telah mengecam tindakan Israel membedil hospital tersebut.

Artikel berkaitan: Hospital Al Ahli Gaza Dibedil, Sekurang-kurangnya 500 Maut Dalam Serangan Udara & Jumlah Dijangka Meningkat

5. Shila Amzah minta GF adik segera keluar dari rumahnya

Img 8149.Jpg

Tak cukup dengan kemelut keluarganya yang berlaku minggu lepas gara-gara tindakan penyanyi Shila Amzah mahu menjual rumah yang didiami oleh keluarga dan adik beradiknya.

Baru-baru ini melalui Instagram, Shila Amzah telah mendesak wanita bernama Eiza dipercayai kekasih adik lelakinya, Amir Syafiq untuk keluar dari rumah banglo yang terletak di Hulu Langat itu.

Didakwa, wanita tersebut telah duduk di rumah keluarganya itu tanpa izin sejak tahun 2021 semasa banjir besar melanda kawasan tersebut.

Dakwaan Shila ini bagaimanapun telah dinafikan oleh dua adiknya di media sosial.

Artikel berkaitan: “Sila keluar selewatnya esok” – Shila Amzah Gesa Kekasih Adik Keluar Dari Banglo Miliknya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.