in

#LobakMerahTOP5: Rangkuman Kisah Paling Viral & Sensasi Minggu Ini, Korang Dah Baca Belum?

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul nak kita nak ikuti semua. Tapi pada masa yang sama kita pun tak naklah terlepas isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang ni kan?

Jadi macam biasa, #LobakMerahTop5 akan senaraikan berita-berita hangat, sensasi dan viral yang berlaku pada minggu ini supaya korang sentiasa up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia sekarang.


1. Safee Salee bercerai talak dua

Safee Fitria

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Safee Sali sudah sah bercerai dengan isterinya, Fitria Elfina Maharip dengan talak dua.

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor memutuskan perkara ini selepas Fitria menerima dua lafaz cerai menerusi pesanan suara yang dihantar Safee menerusi aplikasi WhatsApp pada 11 Februari lalu.

Selain itu, bekas penyerang kelab JDT itu juga mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain dan mahu membuka ‘buku’ baharu dalam kehidupannya.

Selepas penceraian tersebut, terdapat satu video tular menunjukkan tindakan Fitria yang cuba untuk bertemu dengan anaknya di sebuah kondominium namun tak dihiraukan oleh Safee dan isteri barunya yang kebetulan turut berada di kawasan lobi pada ketika itu.

Fitria mengatakan kepada wartawan, rayuannya untuk melepaskan rindu kepada anak-anak tak diendahkan oleh bekas suaminya itu dan dia turut mengatakan bahawa dia risaukan status persekolahan anak-anaknya.

Artikel berkaitan: “I nak jumpa anak… please” – Bekas Isteri Sedih, Merayu Dekat Safee Sali Nak Jumpa Anak

2. Guru buat pengantunan terhadap pelajar sekolah

New Project 393

Baru-baru ini, tular satu video dan beberapa tangkap layar di laman sosial yang mendedahkan perbualan seorang guru sekolah dan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.

Guru yang juga ibu kepada 5 orang anak itu didapati telah berulang kali menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp kepada pelajar tersebut. Serta dikatakan masih berjumpa dengan pelajar tersebut secara rahsia walaupun dikatakan telah ditukar sekolah.

Ekoran ini, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki berusia 17 tahun tersebut.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata laporan polis dibuat Disember tahun lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel berkaitan: Guru Wanita Bercinta Dengan Pelajar Sekolah 17 Tahun Sedang Disiasat Polis

3. Anak Liza Abdullah curi tumpuan netizen

Satu episod dari rancangan Jom Berbuka 2024 telah tular di media sosial. Episod tersebut menampilkan pelakon Liza Abdullah serta anaknya, Zulsyahmi telah menjadi selebriti undangan.

Satu keratan klip video program ini sedang tular di X, ramai yang tertumpu kepada anak bujang Liza Abdullah ini yang dikatakan sama dengan penyanyi Tomok.

Bahkan ada juga yang beranggapan bahawa rupanya persis penyanyi tersohor antarabangsa, Justin Timberlake sampaikan ada yang jatuh cinta. Amboi!

Untuk pengetahuan korang, Zulsyahmi Naqib ini merupakan anak ketiga Liza Abdullah dan dikatakan rajin menemani ibunya di set penggambaran.

Liza juga sebelum ini pernah memberitahu yang anaknya itu pernah mendapat tawaran berlakon tapi ditolak kerana malu.

Artikel berkaitan: “Assalamualaikum bondaku” – Netizen Anggap Rupa Anak Bujang Liza Abdullah Persis Justin Timberlake & Tomok

4. Datuk Red dedah hidup ditanggung isteri selama 5 tahun

Adira Datuk Red

Datuk Seri Adnan Abu yang memaklumkan di TikTok baru-baru ini bahawa dia kini sedang mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan anak-anaknya dan melunaskan hutang yang tertunggak.

Datuk Red mendedahkan bahawa dia sudah lima tahun tidak mempunyai pendapatan tetap selepas diisytihar bankrap pada tahun 2019 lalu.

Lelaki ini juga berkata, sepanjang lima tahun itu pelbagai usaha telah dilakukan bagi mencari pekerjaan tetap tetapi tidak membuahkan sebarang hasil.

Selain itu, Datuk Red turut mengakui bahawa dia terpaksa menumpang belas ihsan isteri keduanya, Adira Suhaimi.

Rata-rata netizen telah bersimpati dengan nasib yang menimpa Datuk Red ini. Bagaimanapun, ada yang mengatakan apa yang berlaku ini merupakan kifarah kerana dia didakwa telah terlibat dalam scam urusan jual beli tanah tak lama dahulu.

Terbaru, Datuk Red telah memuat naik video di TikTok menunjukkan dia memperagakan baju Jakel. Menerusi kapsyen, dia telah berterima kasih kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel atas peluang yang diberikan, di samping memuji perniagaan tersebut yang berjaya.

Artikel berkaitan: Dedah Sudah 5 Tahun Hidup Ditanggung Adira, Ramai Simpati Dengan Nasib Datuk Red

5. Neelofa & Nabil dikecam gara-gara beri nasihat tak kena tempat?

Whatsapp Image 2024 03 25 At 09.50.34

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh radio Era FM di TikTok menunjukkan seorang pemanggil radio berkongsi mengenai kisah hidupnya yang sangat memeritkan.

Dari perbualan tersebut, dapat didengari pemanggil ini meluahkan nasibnya yang telah ditinggalkan oleh ibu kandung kerana mahu berkahwin baru dan bapanya yang meninggal dunia sehingga dia perlu menampung hidup dia dan dua orang adiknya sendiri.

Namun begitu, ibu wanita ini hadir secara tiba-tiba dengan niat untuk memohon keampunan dan merapatkan semula silaturrahim dengan anak-anaknya yang sudah ditinggalkan.

Wanita ini bagaimanapun meluahkan rasa kesal dan marahnya terhadap ibu kerana tidak mempedulikannya dan adik beradik sebelum ini dan merasakan agak berat untuk memaafkan ibu kandungnya itu.

Selesai mendengar luahan tersebut, Neelofa dan Nabil telah menasihati pemanggil tersebut untuk memaafkan ibunya walaupun sukar kerana berpendapat hubungan dengan ibu tak boleh diputuskan.

Ekoran ini, ramai netizen telah menyelar tindakan Neelofa dan Nabil kerana merasakan nasihat tersebut seperti tak kena dengan keadaan pemanggil tersebut.

Menurut netizen, Neelofa mahupun Nabil tidak memahami keperitan yang dialami callerberkenaan dan menyuruhnya untuk memaafkan ibunya dengan mudah adalah satu perkara yang tidak wajar.

Artikel berkaitan: “Bagi pendapat ikut sedap je” – ‘Caller’ Luah Kisah Ditinggalkan Ibu, Netizen Kritik Cara Nabil & Neelofa Beri Respon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.