in

#LobakMerahTOP5: Rangkuman Kisah Paling Viral & Sensasi Minggu Ini, Korang Dah Baca Belum?

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul nak kita nak ikuti semua. Tapi pada masa yang sama kita pun tak naklah terlepas isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang ni kan?


Jadi macam biasa, #LobakMerahTop5 akan senaraikan berita-berita hangat, sensasi dan viral yang berlaku pada minggu ini supaya korang sentiasa up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia sekarang.

1. Kanak-kanak 12 tahun hilang dikecam netizen?

553

Minggu lalu, kecoh di media sosial apabila seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan telah hilang dari rumah sejak 12 Mac sebelum ditemui dalam keadaan selamat.

Dikatakan, Siti Dhia Batrisyia Chairil Anwar telah dijumpai berjalan seorang diri berhampiran kawasan lot kedai di Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Ekoran ini, keluarga kanak-kanak ini telah membuat satu temubual di mana bapanya mengatakan bahawa selepas ini dia perlu kurang bersikap tegas dengan anak sekiranya tak mahu kejadian yang sama berulang kembali.

Video temubual tersebut telah mendapat respon negatif dari netizen yang rata-ratanya tak berpuas hati melihat sikap Dhia yang kelihatan tersenyum-senyum.

Pun begitu, Dhia turut meminta maaf kepada orang ramai kerana telah menimbulkan kekecohan dan kebimbangan orang ramai.

Artikel berkaitan: Kes Remaja 12 Tahun Hilang : Tersipu Malu Mohon Maaf, Tapi Ramai Netizen Bengang Sebab…

2. KK Mart diboikot ekoran isu jual stoking kalimah Allah

Kkmart 1710473568

Isu mengenai stoking yang tertera kalimah Allah beberapa hari lalu masih belum berakhir. Ramai orang merasakan ia telah menyentuh sensitiviti agama sehingga ada yang bertindak mahu memboikot KK Super Mart disebabkan kontroversi itu.

Malah baru-baru ini, pelakon dan pelawak yang turut dilantik sebagai duta KK Mart bersedia melepaskan tanggungjawabnya sebagai duta sekiranya kedai serbaneka itu terbukti bersalah kelak.

Ekoran ini, Datuk Seri KK Chai telah menghubungi seorang aktivis dan pempengaruh, Firdaus Wong pada Jumaat minggu lepas mengatakan pemilik kedai serbaneka tersebut meminta maaf atas apa yang berlaku dan sedang membuat perancangan lebih lanjut tentang isu stoking yang tular itu.

Selain itu, kilang yang dikatakan bertanggungjawab mengeluarkan stoking tersebut juga turut menutup operasi kedainya dan meletakkan banner permohonan maaf atas perkara yang berlaku.

Artikel berkaitan: “Jika memang tiada rezeki” – Isu Stoking, Shuib Sedia Undur Diri Sebagai Duta KK Mart

3. Fara Salleh post gambar Shuk lepas lama berdiam diri

Whatsapp Image 2024 03 21 At 02

Isteri Shuk Sahar kini iaitu Fara Salleh berkongsi gambar suaminya itu di media sosial sempena sambutan kelahiran Shuk yang ke-38 pada 20 Mac lalu.

Sebelum ini Fara dan Shuk tidak menghebahkan hubungan mereka dan akhirnya mereka mengakui sudah berkahwin tetapi tidak mendedahkan secara terperinci majlis pernikahan mereka itu.

Dalam posting itu, Fara memuat naik gambar suaminya itu sedang berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah dengan meletakkan kapsyen ucapan selamat hari jadi.

Artikel berkaitan: “Selamat ulang tahun suamiku” – Dah Berkahwin Sejak Tahun Lepas, Fara Salleh ‘Wish’ Birthday Shuk Sahar

4. Kedai Chef Ammar tak laku?

842A

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran yang mendakwa perniagaan Nasi Arab oleh Chef Ammar di bazar Ramadan sudah tidak laku berikutan tiada yang beratur membeli juadahnya seperti sebelum ini.

Ekoran ini, Chef Ammar yang ditemu bual oleh pencipta kandungan, Najee Mahshar by Nasi Kandaq Runner menafikan dakwaan terbabit kerana pada hari kejadian kedainya baru sahaja dibuka kepada orang ramai.

“Kalau tuhan izin nak jatuhkan saya, tuhan izin. Kalau tuhan tak izin, awak buat lima tahun lagi, awak tak boleh lah.

“Ini semua kerja Allah, jangan jadi tuhan..itu sahaja. Tapi alhamdulilah terima kasih kepada semua rakyat Malaysia sokong perniagaan saya,” katanya.

Selain itu, Chef Ammar juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti sokong perniagaannya.

Artikel berkaitan: “Depa tunggu saya buat salah” – Chef Ammar Nafi Jualan Dah Tak Laku

5. Viral dakwaan warna ‘brick orange’ haram dipakai

Snapinsta.app 172649666 320534943007381 8671498830115170410 N 1080

Tahun ini, tema warna brick orange dikatakan bakal jadi pilihan ramai untuk hari raya. Namun, baru-baru ini tular perkongsian yang menyatakan haram memakai pakaian berwarna brick orange seperti yang dinyatakan dalam satu hadis yang menyatakan larangan memakai warna merah dan oren.

Melihat isu yang dibangkitkan, seorang individu tampil menjelaskan mengenai larangan memakai warna tersebut. Jelasnya, hadis larangan memakai warna merah, oren atau kuning ini dikhususkan kepada kaum lelaki.

Katanya lagi, bagaimanapun larangan terbabit sudah tidak sesuai pada zaman sekarang kerana fabrik moden kebanyakannya terhasil daripada pewarna sintetik. Di mana ia dilarang ketika itu kerana pada zaman tersebut fabrik warna merah, oren, kuning yang dicelup zafron (safron) atau usfur iaitu dilarang kerana ia perhiasan bagi kaum wanita.

Artikel berkaitan: Tular Dakwaan Haram Pakai Baju Warna ‘Brick Orange’, Individu Jelaskan Hukumnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.