in

Lepas Dikecam Buat ‘Content’ Kentut Dalam Kapal TLDM, ‘TikToker’ Buat Permohonan Maaf

Zuraidah Nasir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lepas, sebuah video tular yang memaparkan seorang influencer TikTok dengan pengikut seramai 2.6 juta melakukan content tidak begitu sopan ketika berada di dalam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Video itu menunjukkan pengguna TikTok yang dikenali sebagai Zuraidah Nasir kentut di alat pembesar suara kapal berkenaan, content tersebut difahamkan dibuat sebagai komedi tetapi ianya mendapat kecaman hebat daripada netizen.


Perkara itu menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana ianya dilihat tidak sopan dan tidak menghormati angkatan tentera tersebut.

Hari ini, Zuraidah Nasir memuat naik sebuah video permohonan maaf secara terbuka bersama dengan wakil dari pihak TLDM sendiri.

https://www.tiktok.com/@zuraidah_nasir/video/7233560564243500295?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7198342224609445378

“Saya dengan rendah diri memohon maaf dengan kesilapan pada video tersebut. Saya akui permohonan maaf ini didorong oleh diri sendiri selepas menyedari kesilapan saya dan tidak langsung dipengaruhi oleh mana-mana pihak,” katanya.

Zuraidah Nasir turut mengucapkan terima kasih kepada kepada seluruh anggota badan beruniform tersebut kerana menerima permohonan maaf yang dilakukan.

Selain itu, Tiktoker itu turut meminta mana-mana pihak yang ada memuat naik semula video yang tular itu untuk segera memadamnya.

Difahamkan, video tersebut direkod ketika dia menghadiri sambutan ulang tahun TLDM ke-89 di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu pada 30 April lalu.

Baca: Buat Video Kentut Di Mikrofon Dalam Kapal TLDM, Content Creator Dikecam Netizen

Kapal Tldm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.