in

llaollao Malaysia Umumkan Sudah Terima Sijil Halal Dari JAKIM, Berita Baik Buat Semua!

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa di sini penggemar llaollao? Sejak jenama yogurt asli ini bertapak di Malaysia, ia sudah menjadi kegemaran sebilangan besar rakyat Malaysia. Ditambah pula dengan pelbagai pilihan topping yang ada, llaollao memang diminati ramai!

Berita baik buat anda, llaollao iaitu jenama yogurt asli Sepanyol yang terkemuka di Eropah dan Asia secara rasminya telah diberikan pensijilan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Llaollao Malaysia Terima Sijil Halal Dari Jakim 1

Dengan pensijilan Halal, ia membuktikan kesemua produk jenama yogurt ini serta kaedah penyediaan adalah sesuai untuk disediakan kepada individu beragama Islam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Woodpeckers Group Sdn Bhd dan Pemegang Francais Induk llaollao Malaysia, Tan Kai Young, pihak mereka telah bertungkus-lumus untuk memberikan yang terbaik kepada semua sejak cawangan pertama llaollao dibuka pada tahun 2015.

Llaollao Malaysia Terima Sijil Halal Dari Jakim 5

Sambung beliau, sijil Halal telah menjadi keutamaan mereka sejak jenama ini mula bertapak di Malaysia. Ini kerana mereka mendapati produk Halal mendapat sambutan yang tinggi dan lebih diyakini ramai pengguna.

Sehingga kini, llaollao telah memohon tujuh permohonan Halal baharu termasuk 31 cawangan di seluruh negara. Secara keseluruhan, sebanyak 40 cawangan llaollao telah berjaya didaftarkan di bawah sistem MyEHalal.

Tiba-tiba mengidam nak makan llaollao…

Kredit: TRP

BACA: Pertubuhan Halal Di Jepun Tampil Beri Respon Lepas Ada Produk Babi Letak Logo Halal

Capture 3

Sumber: TRP
Sumber: TRP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.