in

Linkin Park Umum Vokalis Wanita Baharu Ganti Chester Bennington

Linkin Park

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Band rock Amerika Syarikat (AS), Linkin Park memperkenal vokalis baharu, Emily Armstrong yang bakal menggantikan penyanyi asal kumpulan tersebut, Chester Bennington yang meninggal dunia pada 2017.

Menurut laporan BBC, Armstrong bakal menyertai ahli kumpulan Linkin Park sedia ada iaitu Mike Shinoda, Brad Delson, Phoenix dan Joe Hahn.


Difahamkan, Colin Brittain akan turut menyertai kumpulan berkenaan sebagai pemain drum baharu.

Selain vokalis, Linkin Park turut mengumumkan single terbaharu mereka, The Emptiness Machine, yang juga merupakan salah satu lagu yang bakal mengisi album From Zero yang bakal dilancarkan pada 15 November.

Album tersebut juga merupakan rilisan terkini Linkin Park sejak One More Light yang dikeluarkan dua bulan sebelum kematian Bennington.

Bercakap mengenai album baharu, Shinoda berkata, sebelum penubuhan Linkin Park, nama kumpulan mereka adalah Xero.

Artikel berkaitan: #COLDPLAYinKL Atasi Rekod Siti Nurhaliza 20 Tahun Lalu, Ini Senarai Artis Dengan Penonton Paling Ramai Di Bukit Jalil

Artikel berkaitan: 10 Selebriti Yang Membunuh Diri Akibat Mengalami Depresi

Linkin Park
Armstrong (tengah) dilantik sebagai vokalis baharu linkin park.

Tambah Shinoda, album tersebut adalah tanda permulaan dan perjalanan baharu yang bakal ditempuhi oleh kumpulan tersebut.

“Album baharu menceritakan tentang masa lalu, masa lepas dan masa hadapan band. Ia dihasilkan dengan rasa kesyukuran terhadap ahli kumpulan, rakan-rakan, keluarga dan juga para peminat.

“Kami sangat berbangga dengan pencapaian Linkin Park. Dalam masa yang sama, kami sangat teruja dengan apa yang bakal ditempuhi nanti,” katanya.

Armstrong merupakan penyanyi sebuah kumpulan rock alternatif dengan nama Dead Sara. Kumpulan tersebut diterajui bersama gitaris Siouxsie Medley pada 2005.

Linkin Park juga mengumumkan siri jelajah dunia bertajuk ‘From Zero World Tour’, dengan lima konsert dijadualkan di Los Angeles, New York, Hamburg, London, dan Seoul, serta satu lagi di Bogotá, Colombia, pada November.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.