in ,

“Lindungi mereka Ya Allah” – Palestin Catat Dua Kes Pertama COVID-19 Di Semenanjung Gaza

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ketika wabak berbahaya COVID-19 mula merebak ke negara-negara Arab, ramai yang berdoa agar tiga kawasan suci ini dihindari daripada jangkitan tersebut: Makkatul Muqarramah, Madinatul Munawwarah dan juga seluruh Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza yang selama ini rakyatnya hidup dalam kepungan.

Namun media antarabangsa AP News hari ini melaporkan, pihak berkuasa Palestin telah menerima laporan dua kes pertama yang disahkan jangkitan COVID-19 di Semenanjung Gaza — melibatkan dua individu yang baru pulang dari Pakistan.

Kedua-dua pesakit itu ketika ini telah dipindahkan ke sebuah hospital di Rafah, yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

Perkembangan ini secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan berhubung potensi penularan wabak itu dalam keadaan Semenanjung Gaza selama ini yang terkepung.

Ini ditambah pula dengan sistem penjagaan kesihatan yang tidak efisyen setelah bertahun-tahun menerima impak sekatan di pintu masuk Rafah oleh rejim zionis.

Bukan itu saja, kekejaman dan penindasan berterusan dari rejim zionis dan juga perpecahan dalaman politik tempatan turut menyumbang kepada segala kemungkinan yang tidak baik buat wilayah itu.

Sejak dua tahun lalu, negara haram yahudi dan Mesir telah ‘meringankan’ sekatan perjalanan terhadap dua juta penduduk Gaza.

Namun pintu sempadan yang menghubungkan wilayah itu dengan dunia luar ditutup semula minggu lalu, ketika Tel Aviv dan Kaherah ‘tak menang tangan’ untuk mengawal penularan COVID-19 yang semakin merebak di negara masing-masing.

 

Baca: “Haram menziarahi Masjid Al-Aqsa” – Nadir Al-Nuri, Satu-satunya Rakyat Malaysia Di Palestin Jelaskan Sebabnya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: