in

Limbah Pustaka: Ini Cara Unik ‘Librarian’ Pupuk Semangat Membaca & Penjagaan Alam Sekitar Pada Kanak-Kanak

Limbah Pustaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam usaha untuk memupuk semangat membaca dalam kalangan generasi muda dan penjagaan alam sekitar, seorang librarian di Indonesia ini mengambil inisiatif dengan mencipta perpustakaan bergerak dimana dia akan meminjamkan buku kepada kanak-kanak sebagai pertukaran dengan sampah yang boleh dikitar semula atau dijual.



Limbah Pustaka Data E1636860522874

Lapor South China Morning Post, setiap hari bekerja, Raden Roro Hendarti akan menunggang motosikal uniknya yang dipenuhi buku untuk kanak-kanak di Kampung Muntang yang akan dipinjamkan sebagai pertukaran dengan sampah seperti plastik dan sebagainya.

2021 11 09T010117Z1261479165Rc23Mq9N2Fjartrmadp3Indonesia Library Trashjpg 1048701 1636424608 E1636860602403

Dikenali sebagai Limbah Pustaka, Raden berkata, dia berharap usahanya itu dapat meningkatkan kadar literasi di kawasan terbabit selain memupuk semangat cintakan alam sekitar.

“Mari kita bina budaya membaca dari umur kecil untuk mengurangkan risiko terdedah kepada bahaya di dunia online. Kita juga sepatutnya menjaga alam sekitar dan melawan perubahan iklim,” katanya.

1065017 720 E1636860573831

Difahamkan, setiap minggu, Raden berjaya mengumpul kira-kira 100 kilogram sampah yang akan diasingkan bersama rakan sekerjanya. Sampah-sampah terbabit kemudiannya akan dihantar untuk proses kitar semula ataupun dijual.

Raden berkata, dia mempunyai kira-kira 6,000 buku dalam simpanannya yang bersedia untuk dipinjamkan kepada warga sekeliling. Selain itu, wanita itu berharap, dia boleh membawa idea Limbah Pustaka ini ke kawasan-kawasan berdekatan.

Sambil menyelam minum air, sambil membaca sambil menjaga alam sekitar.

Sumber: SCMP

Baca: Jangan Kata Buku, Manusia Pun Korang Boleh Pinjam Di Perpustakaan ‘Rare’ Ini

F2 Human Lib E1636858944537

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.