in

Lim Guan Eng Dakwa Larangan Minuman Keras Di Dewan Sekolah Cina Ibarat ‘Jolok Sarang Tebuan’

syaz ft 2025 10 24T153409.256

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan larangan menghidangkan minuman beralkohol di dewan sekolah Cina yang dibina sepenuhnya hasil sumbangan masyarakat Cina ibarat ‘menjolok sarang tebuan’.

Beliau berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam mengenai larangan tersebut telah menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan masyarakat Cina.


Kata Guan Eng, hidangan arak merupakan amalan biasa dalam acara masyarakat Cina seperti majlis perkahwinan dan jamuan di kuil.

Artikel berkaitan: Pelajar PhD Dari China Di UK ‘Umpan’ Lebih 50 Mangsa R*gol Guna Alkohol

Artikel berkaitan: Tun Mahathir Dakwa PMX ‘Pathological Liar’, Tabur Fitnah Sejak 27 Tahun Lalu

“Hidangan minuman beralkohol dalam acara hiburan di dewan sekolah Cina di luar aktiviti sekolah tanpa penglibatan pelajar malah telah berlangsung tanpa gangguan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Walaupun Anwar menegaskan larangan arak ini bukan untuk mengenakan nilai dan pandangan Islam dengan menyekat hak bukan Islam, tetapi untuk memartabatkan sekolah sebagai tempat pendidikan kanak-kanak, masyarakat Cina tidak bersetuju,” katanya.

Beliau menjelaskan, sekolah rendah Cina terkenal sebagai institusi pendidikan yang cemerlang dengan pelajar berakhlak baik serta tidak terdedah kepada alkohol.

“Bilangan kes rogol, liwat atau penderaan seksual kanak-kanak di sekolah Cina sekiranya ada malah adalah rendah berbanding semua jenis sekolah,” katanya.

Justeru, Guan Eng berkata masyarakat Cina mempersoalkan tindakan kerajaan yang dianggap mengikut rentak golongan ekstremis dan perkauman.

“Sekatan itu telah mencampuri, mengganggu serta menjejaskan kebiasaan yang selama ini tidak menimbulkan sebarang kontroversi atau memberi kesan negatif terhadap masyarakat Islam,” jelasnya.

Beliau turut mendakwa ketika PAS mentadbir kerajaan, parti itu tidak pernah mencampuri urusan sekolah rendah Cina dan aktiviti seperti itu terus berjalan tanpa gangguan.

Menurut Guan Eng lagi, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook telah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan Perdana Menteri bagi mencari penyelesaian yang mengekalkan tradisi dan budaya masyarakat Cina di dewan sekolah mereka.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.