in

Lif Bailong: Lif Luar Bangunan Yang Tertinggi Di Dunia, Ada Bran Nak Naik?

F2 Highest Lift

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak negara di dunia ini memiliki bangunan pencakar langit yang menjadi kebanggaan rakyat masing-masing, contohnya kalau di Malaysia, kita bangga dengan KLCC dan Menara Kuala Lumpur dan jika di Jepun, mereka ada Tokyo Skytree.


Namun, di China pula, ada lif luar bangunan yang paling tinggi di dunia! Menurut Guinness World Records, lif yang terletak di Taman Negara Zhangjiajie itu akan membawa pengunjung taman itu ke puncak gunung dalam masa seminit dan 32 saat sahaja!

5 1 1

Lif yang dinamakan Lif Bailong itu memiliki ketinggian 326 meter dan ia dibina pada salah satu sisi cenuram taman negara itu.

Difahamkan, struktur binaan itu mempunyai tiga lif dua tingkat di mana setiap satunya boleh menampung beban sehingga  4,900 kg dalam satu masa.

Lif berkenaan telah dibuka kepada umum pada April 2002 lagi dan ia telah diiktiraf menjadi lif luar bangunan yang tertinggi di dunia oleh Guinness World Records pada tahun 2015.

8 1 1

Walau bagaimanapun, proses pembinaan lif ini telah mendapat tentangan banyak pihak suatu ketika dahulu kerana ia dikatakan boleh merosakkan persekitaran taman negara berkenaan.

Mesti ramai antara anda yang takut nak naik lif ini kan. Namun, jangan risau, lif ini tidak akan dibuka kepada umum ketika cuaca teruk seperti salji.

7 1

Apa yang menariknya tentang lokasi lif ini ialah filem Avatar dikatakan telah diinspirasikan daripada taman negara tersebut.

Ramai pengunjung yang datang semata-mata untuk naik lif ini kerana pemandangan dari atasnya memang cantik.

Untuk pengetahuan anda juga, jika pengunjung tak mahu naik lif, mereka boleh cuba mendaki sendiri puncak tersebut namun pendakian itu mengambil masa selama tiga jam.

Sebelum pandemik COVID-19 melanda, sekitar 8,000 pengunjung akan menaiki lif itu setiap hari, lapor Daily Mail.

Amacam, korang ada bran tak nak naik lif tertinggi di dunia ni? 

Sumber: Guiness World Records, Daily Mail

Baca: Kerja Separuh Jalan! Kenali 4 Menara Pencakar Langit Yang Kini Tersadai & Terbengkalai 

4 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.