in

“Liar je mata pesakit tengok” – Jururawat Viral Sebab Pakai ‘Lingerie’ Dalam PPE, Terus Dapat ‘Offer’ Jadi Model Baju Sukan

Collage2

Seorang jururawat wanita mendapat perhatian ramai dan menjadi topik bualan hangat ramai selepas kisahnya viral. Menurut The Sun, Nadia Zhukova, 23, merupakan seorang jururawat yang bertugas di wad pesakit lelaki Covid-19 dekat sebuah hospital dekat Rusia.

Gambarnya ketika memberikan ubat kepada pesakit lelaki dalam wad itu tersebar di internet baru-baru ini di mana Nadia dilihat menggunakan PPE namun hanya memakai pakaian dalam.

Nurse6

Nurse1

Nadia kemudian dimarahi dan ditegur oleh majikan hospital kerana ‘tidak mematuhi syarat untuk pakaian perubatan’ namun ketika disoal, dia menjawab,

Saya berasa sangat panas bila pakai hazmat sut ini.”

Majikannya kemudian buat keputusan untuk mengenakan tindakan disiplin namun ianya dibatalkan selepas mereka dikecam oleh netizen kerana mengenakan hukuman sebegitu kepada Nadia.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah kisah Nadia apabila dia secara tidak semena-mena telah dihubungi agensi dan ditawarkan menjadi model untuk jenama pakaian sukan di Rusia.

Nurse5

Nurse7

Gambarnya mengenakan pakaian sukan berjenama ZASPORT mendapat perhatian ramai namun Nadia berkata dia masih berminat untuk menyambung pelajaran untuk menjadi doktor suatu hari nanti.

Ketika ditemu ramah dan isu gambar viralnya itu dibangkitkan, Nadia akui dia masih terkesan dan malu untuk bercakap tentang hal tersebut. Katanya kerana malu dia terpaksa padam semua akaun media sosial.

Saya faham gambar saya diambil namun macam mana ianya tersebar dengan cepat di internet masih menjadi misteri buat saya.”

Saya masih ingat ketika itu saya habis kerja, ramai kongsikan link berita itu kepada saya. Sudah tentu saya tahu wanita dalam gambar itu adalah saya.”

Nurse3

Saya terus padam semua akaun media sosial saya kerana tak bersedia untuk mendapat perhatian disebabkan itu.”

Baca: “Dah macam doktor dah” – Tukang Gunting Rambut di India Pakai PPE Untuk Potong Rambut Pelanggan

Feature 3.1 1

Sumber: The Sun
Sumber: Mirror
Sumber: Mirror
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun