in

LHDN Tarik Balik Rayuan Tuntut Cukai RM10.3 Juta Daripada Anak Najib

Yana Najib Tak Bayar Lhdn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini telah menarik balik rayuannya yang difailkan di Mahkamah Rayuan berkaitan saman mereka terhadap anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Nooryana Najwa bagi mendapatkan RM10.3 juta cukai pendapatan yang tidak dibayar.

1492189

Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana atau lebih mesra dikenali sebagai Yana ini berkata, LHDN memfailkan notis untuk tidak meneruskan rayuan itu pada Isnin lalu, lapor Astro AWANI.


Anak guam kami telah menyelesaikan kes cukainya selepas ejen cukainya dan LHDN berbincang mengenainya,” katanya semasa dihubungi.

Wee juga berkata rayuan LHDN itu dijadualkan didengar hari ini.

Terdahulu, LHDN dilaporkan telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos 2020 lalu yang menolak permohonannya untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Nooryana bagi mendapatkan semula RM10.3 juta cukai pendapatan yang belum dibayar.

841939

Menurut penyataan tuntutan, LHDN mendakwa Nooryana Najwa gagal mengemukakan Borang Nyata Orang Perseorangan mengikut Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Taksiran 2011 sehingga 2017.

LHDN juga mendakwa sehingga kini, defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuklah dengan kenaikan yang semuanya berjumlah RM10,335,292.36.

Baca: “Satu je dah RM28.5k” – Gelang Tangan Yana Najib Jadi Tumpuan Ketika Hadir Perbicaraan Bapa

Yana Najib

Sumber: The Star
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.