Semalam, Meletop telah mengeluarkan senarai calon-calon Top20 bagi kategori-kategori dalam Anugerah Meletop Era (AME) yang akan berlangsung pada 12 April akan datang.
Salah satu kategori yang dipertandingkan adalah kategori baru untuk AME iaitu Influencer Meletop bagi menggantikan 3 kategori lama iaitu Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop dan Artis Lawak Meletop.
TOP20 bagi Kategori Influencer MeleTOP! Perkenalkan kategori BAHARU di #AME2020 bagi menggantikan 3 kategori lama iaitu Program Radio MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP. #MeleTOP #AME2020 #YangEpikYangLegend pic.twitter.com/nm0JfKQnVj
— MeleTOP #MeleTOP (@MyMeleTOP) January 29, 2020
Bila kita dengar perkataan “influencer” kita mesti bayangkan orang-orang berpengaruh yang dapat memberikan impak dalam kehidupan orang lain melalui pengetahuan mereka kan?
Dalam kategori Influencer Meletop ini, AME telah menyenaraikan beberapa YouTuber, Instagrammers, TikTokers dan Tweetfamous yang mempunyai ramai followers.
Namun, senarai ini telah menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan netizen kerana bagi mereka, ada antara orang-orang di dalam senarai ini yang tak layak diletakkan sebaris dengan selebriti media sosial yang lain termasuklah Dr Amalina dan Dr Sheikh Muszaphar.
Macam yang korang tahu, Dr Amalina sememangnya aktif di media sosial lebih-lebih lagi di Twitter memberikan komen dan kongsikan pengetahuannya dalam bidang kesihatan.
Manakala angkasawan pertama negara dan juga pakar bedah ortopedik Sheikh Muszaphar rajin kongsikan tips parenting kepada followersnya.
Kerana itu, bila figura penting seperti ini diletakkan sebaris dengan beberapa selebriti media sosial yang hanya famous kerana rupa paras atau konten lawak yang tak ada isi, ia buatkan netizen naik berang.
Setakat ini, Dr Amalina mahupun Dr Sheikh Muszaphar masih belum memberikan apa-apa komen mengenai pencalonan mereka ini.
Yang penting admin suka tengok resipi Khairul Aming.