in

Lesen Pengendali Stesen Radio ERA FM Tidak Digantung, Syarikat Dikenakan Kompaun RM250,000

mcmc tidak gantung lesen era fm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada penggantungan lesen dikenakan ke atas pengendali stesen radio Era FM susulan kontroversi melibatkan tiga penyampai stesen radio terbabit baru-baru ini.

Bagaimanapun, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Maestra Broadcasting Sdn Bhd telah dikenakan kompaun sebanyak RM250,000.


Menurut MCMC, tindakan berkenaan dibuat berhubung kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kerana memuat naik kandungan jelik melampau.

Artikel berkaitan: Astro Rehatkan Nabil Ahmad, Azad Jasmin & Radin Susulan Isu Tular Rakaman Video

Artikel berkaitan: “Itu adalah tarian entrance Miki Ghazali” – Peguam Dakwa Isu Penyampai Radio Era Hanya Salah Faham

“MCMC telah menerima rayuan daripada Maestra Broadcast Sdn Bhd selaku pengendali stesen radio Era FM berhubung notis niat penggantungan lesen yang telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut pada 7 Mac 2025.

“Setelah meneliti hujah-hujah rayuan tersebut, keputusan dibuat untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd.

“Dalam membuat keputusan tersebut, pertimbangan juga telah diberikan terhadap tindakan-tindakan susulan yang telah dilaksanakan oleh syarikat pemegang lesen, permohonan maaf oleh pihak terbabit, serta kesan penggantungan terhadap stesen radio Melody dan Mix FM yang beroperasi di bawah lesen yang sama.”

MCMC menyatakan pihaknya memandang serius sebarang tindakan memuat naik kandungan dalam talian yang boleh mengakibatkan ketegangan antara agama atau mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

GlvZ1AZaoAA9w9j

Terdahulu, trio penyampai radio itu memohon maaf berhubung video kontroversi yang didakwa mempersenda tarian kavadi Hindu iaitu upacara suci yang dilakukan ketika Thaipusam.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.