Baru sahaja minggu lepas Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggegarkan warga netizen apabila baginda menyanyi bersama penyanyi terkenal Aizat Amdan.
Semalam, sebuah lagi video tular mendapat perhatian netizen apabila Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pula memaparkan bakatnya dalam nyanyian.
Dalam video perkongsian Kimal yang merupakan penyanyi kumpulan rock indie Margasatwa itu, kelihatan dia menyanyikan lagu ‘Lagu Tentang Cinta’ sebelum mempelawa baginda Permaisuri Agong untuk berduet dengannya.
@kimalogy Sekali seumur hidup! Dapat berduet dengan Tuanku Permaisuri Agong yang dikasihi rakyat jelata. Menjunjung kasih Tuanku🙏🏻 Tahniah atas pelancaran MOCA (Museum of Contemporary Arts) & Selamat menyambut ulangtahun keputeraan yang ke 63 💛 #kimal #margasatwa #cover #lagutentangcinta #bebiromeo #tuankupermaisuriagong #duet #fyp
“Sekali seumur hidup! Dapat berduet dengan Tuanku Permaisuri Agong yang dikasihi rakyat jelata. Menjunjung kasih Tuanku,” tulisnya di kapsyen.
Difahamkan, perkara itu berlaku ketika pelancaran secara tertutup Muzium Seni Kontemporari (MOCA) yang terletak di Kuantan, Pahang.
“Next level punya duet ni!”
Ramai yang memuji paduan suara kedua-dua individu tersebut, suara baginda Permaisuri Agong seakan ‘kena’ dengan vokal Kimal yang tidak kurang hebatnya.
Ruangan komen dipenuhi dengan pujian atas persembahan yang sememangnya next level serta ucapan tahniah kepada vokalis Margasatwa kerana berpeluang berduet dengan ikon negara itu.
Setakar artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat hampir 60K tontonan serta lebih 4K likes.
Memang next level lah!
Baca: “Cute gila!” – Aizat Amdan Hulur ‘Mic’ Dekat YDPA, Tak Sangka Tahu Lagu ‘Hanya Kau Yang Mampu’