in

Lepas Viral Isu Curang, Shuk Sahar Digantung Perkhidmatan Sebagai Penyampai Radio Hot FM?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, viral di media sosial isu pergolakan rumah tangga pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar yang dikatakan curang dengan isterinya, Rossalennah Natassyiah  Asshaferah.


Menerusi perkongsian wanita tersebut, Shuk masih menjalinkan hubungan dengan wanita yang sama iaitu Fara Salleh yang sebelum ini pernah terpalit beberapa kontroversi dengan artis lelaki lain.

Susulan isu tersebut, menurut Sinar Plus, Shuk telah digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.

Keputusan ini telah diambil pihak pengurusan stesen radio Hot FM yang mengesahkan tindakan tersebut menerusi satu kenyataan media, hari ini.

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.

“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” katanya.

Shuk dan Rossalennah telah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Sudah-sudah la tu Shuk. Kesian dekat anak bini. 

Baca: Instagram Shuk Sahar Diserang Netizen, Isteri Dakwa Suami Kembali Curang?

Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.