in ,

“Lepas negara dah ok, g lah bercuti bagi kami pula rehat” – Frontliner Minta Orang Ramai Duduk Rumah Untuk Putuskan Rantaian Penyebaran Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari kes jangkitan virus Covid-19 semakin meningkat dan akan melibatkan lebih ramai lagi frontliner dan petugas kesihatan yang lain untuk menangani wabak ini. Perdana Menteri Malaysia dah buat Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari untuk menghadkan pergerakan orang ramai dan mengurangkan potensi penularan wabak ini kepada orang ramai.


Viral di Facebook melalui akaun Kenari Suchie dimana dia mohon agar orang ramai untuk stay di rumah hanya untuk 14 hari je. Menurutnya yang juga merupakan seorang frontliner, dalam tempoh 14 hari tu kalau korang duduk je kat rumah rantaian penyebaran wabak Covid-19 akan stop.

“Korang rasa tak kesian dengan kami, kesian dekat diri sendiri dan family korang”

So, korang ikut je arahan daripada kerajaan untuk tetap stay dekat rumah dan kalau nak keluar just untuk perkara penting je. Kita sama-sama bantu diorang untuk tangani virus ni. 

Melalui perkongsian tu majoriti netizen berterima kasih atas usaha dan pengorbanan yang diorang dah buat untuk handle wabak ni sekaligus mendoakan kesejahteraan dan semoga urusan semua petugas kesihatan dipermudahkan.

Korang memang osem, semoga segala urusan dipermudahkan 

Terima kasih, selamat bertugas

Baca : “Saya hanya mampu tengok dari jauh je” -[VIDEO] Momen Sebak Anak Menangis Minta Peluk Lepas Ibu Rawat Pesakit Covid-19

 

 

 

 

Sumber: Fcaebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Fcaebbook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.