in

“Saya hanya mampu tengok dari jauh je” – [Video] Momen Sebak Anak Menangis Minta Peluk Lepas Ibu Rawat Pesakit Suspek Covid-19

Iburawat4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan penularan wabak Covid-19 ini, ia telah membimbangkan seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila sudah ada kes kematian berikutan dengan virus ini.

Pada masa inilah dapat dilihat segala kakitangan hospital berhempas pulas dalam membantu menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang sudah dijangkiti virus tersebut.


Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk selamatkan nyawa orang lain seperti Dr. Khadijah Ismail ini, amat sebak apabila dirinya tak dapat mendekati anaknya kerana terpaksa di kuarantin selepas merawat pesakit suspek Covid-19.

 

Anak saya menangis sebab nak dekat dengan saya tetapi saya hanya boleh tengok dia menangis je kerana saya telah dinasihatkan untuk diri kuarantin diri

Jelas disini kita dapat lihat bahawa mereka sangat komited dalam menjalankan tugas mereka, bahkan mereka juga ambil berat terhadap pesakit.

Amat terkilan apabila ada seglintir pihak yang masih pentingkan diri, ingkar arahan dan acuh tak acuh pasal isu ini.

Kesannya ia akan menyusahkan ramai pihak sehingga dirinya sendiri bimbang dijangkiti. Kisahnya ada seorang yang suspek Covid-19 dan dia sebagai doktor sudah semestinya ada bersemuka dengan orang luar, pesakit tu jenis masuk tanpa mengikut prosedur yang betul.

https://www.facebook.com/khadijah.ismail.92/posts/10221842489557803

Disebabkan itu, dia pula terpaksa kuarantinkan dirinya sendiri selepas mendapat tahu ada pesakit suspek yang tak peka dengan langkah-langkah dan panduan bila berada di depan orang ramai.

Ia amat mengguris hati doktor ini kerana tidak boleh bersama suami dan anaknya, lebih-lebih lagi apabila anaknya itu baru berusia 16 bulan.

Melalui Facebook Dr Khadijah Ismail dia ada kongsikan video anaknya menangis untuk minta dukung tapi apakan daya, demi langkah menjaga-jaga dia hanya mampu lihat dari jauh je.

https://www.facebook.com/khadijah.ismail.92/videos/10221842613760908/

Disebabkan sikap kurang awareness ini lah telah menyusahkan ramai pihak, diharap mereka yang ada gejala tapi tak tahu bagaimana nak dapatkan rundingan kerana bersemuka dengan orang ramai, boleh baca perkongsian daripada doktor ini.

 

Baca : Covid-19: Laman Web Ini Kongsikan Dengan Lebih Terperinci Tentang Lokasi Yang Pernah Dikunjungi Pesakit

Coviddd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.