in

Lepas Muat Naik Posting ‘Kecam’ Kumpulan Seventeen dan Mohon Derma, IG Ustaz Ahmad Dusuki Direport?

Habislah Ko

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di saat rakyat negara seberang berdukacita akan bencana tsunami yang menimpa wilayah Banten, Indonesia, kapsyen seorang pendakwah terkemuka yang seakan-akan mengecam kematian sebahagian ahli kumpulan Seventeen baru-baru ini telah mendapat perhatian hangat netizen.

Menerusi posting Instagram Ustaz Ahmad Dusuki, pendakwah tersebut telah mengecam ‘cara’ kematian ahli kumpulan band tersebut sambil menyelitkan nombor akaun derma bagi maahad tahfiznya. Uish! 


sumber: instagram

 

Netizen report beramai-ramai posting IG Ustaz Ahmad Dusuki? 

Well sebab tu lah orang kata jangan buat netizen marah, posting yang dimuat naik semalam tu tiba-tiba bila admin buka hari ini telah dilabel sebagai ‘sensitive content’. Menurut Instagram, video tersebut mungkin telah dilaporkan netizen sebagai ‘offensive’ atau ‘disturbing’.

Dusuki
sumber: instagram

Uish marah benar netizen dengan Ustaz Ahmad Dusuki! 

 

“Tolonglah ramai-ramai report. Jangan biar Islam dibenci akibat mereka yang judge amalan agama orang lain…” 

Ternyata hal ini juga bukanlah hal main-main sebab di platform media sosial lain pun ramai yang mula luahkan rasa tak puas hati sampai ajak netizen lain report posting atau IG pendakwah ni.

Report
sumber: twitter
Banned
sumber: instagram

Manakala ruangan komen pula dipenuhi dengan kata-kata kecaman malah ada netizen bergaduh sesama sendiri. Aduhai netizen pun dua kali lima jugak eh?

Penunggang Agam
sumber: instagram

 

“Saya orang Indonesia, tersinggung melihat caption ini…”  

Kalau orang Malaysia pun marah dengan ustaz, orang Indonesia yang terkesan dengan bencana ni apatah lagi kan. Beberapa netizen dari Indonesia juga dilihat tinggalkan komen tak puas hati dan sedih dengan apa yang ditulis pendakwah tersebut terhadap band Seventeen yang terlibat dengan tsunami tersebut.

Doa
sumber: instagram

 

Dah tukar kapsyen?

Walau bagaimanapun, Ustaz Ahmad Dusuki nampaknya dah edit kapsyen terbabit dengan menambah kalau-kalau ada di antara netizen ingin salurkan bantuan derma ke mangsa tsunami di Palu boleh je transfer ke akaun yang disediakan di bawah.

Palu
sumber: instagram

Marah memanglah marah, apa-apapun admin harap kita janganlah mengecam terlebih sangat sampai jatuh akhlak sebagai seorang yang muslim yang baik. Teguran membina tu cukuplah untuk buat ustaz ‘tersedar’ dari kapsyennya yang pedih ni. 

Baca: Pemain Bass Maut, Isteri Vokalis Hilang, Ini Video Detik Band Seventeen Dibadai Tsunami Masa Buat Konsert

Seventeen4 758X399 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.