in

Lepas Kes Gangguan Seksual, Muncul Pula Rakaman CCTV Kecurian Penutup Besi Longkang Di Kawasan Yang Sama!

Ah Gile

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, viral dua kes berkenaan gangguan seksual yang mana kes pertama melibatkan seorang lelaki menaiki motosikal telah meraba punggung seorang wanita yang berjalan di Lorong Limau Manis, Jalan Hamzah dekat Kota Bharu, Kelantan.


Whatsapp Image 2021 03 27 At 10.56.58 Am

Manakala kes kedua pula melibatkan seorang lelaki warga emas yang dirakam CCTV telah melakukan adegan tidak senonoh terhadap seorang wanita ketika dia sedang menaiki basikal di kawasan yang sama!

Scary

Kes yang pertama sudah pun mendapat perhatian polis dan suspek dah dijatuhkan hukuman. Namun bagi kes kedua tak ada pulak follow up berkenaan isu tu.

Apa-apapun kali ini, viral lagi video yang menunjukkan satu kejadian jenayah berlaku di kawasan yang sama iaitu Taman Limau Manis, Kelantan.

Kes kali ini memaparkan sebuah kenderaan jenis Hilux telah mencuri penutup besi longkang di jalan tersebut. Hadoi lepas satu, satu… 

Menerusi Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, kejadian tersebut berlaku pada 6 Jun lepas dan video itu dirakam dari CCTV milik Persatuan Penduduk Taman Limau Manis.

Dari video tersebut korang dapat lihat pemandu Hilux tu berlegar-legar di lorong-lorong kawasan tersebut sampailah dia ternampak penutup besi longkang di salah satu jalan yang dilaluinya.

Lalu pemandu tersebut berpatah balik ke jalan tadi dan bila dia keluar ke satu jalan besar, dah boleh nampak penutup besi longkang tu berada di bahagian belakang kereta tersebut. Haish macam-macam ye. 

Kecurian

 

“Kawasan ni betul2 hotspot area” 

Netizen yang melihat perkongsian video tersebut menjelaskan sebenarnya bukan satu dua kes sahaja yang pernah berlaku di kawasan ini, malah ada banyak lagi kes jenayah yang berlaku melibatkan kawasan yang sama.

Oleh sebab itulah kawasan tersebut mempunyai banyak CCTV dan ia dipasang memang untuk memantau sebarang kejadian buruk jika ia berlaku di kawasan itu.

Suwey 1

Suwey 2

Dalam pada itu, tidak pasti sama ada penduduk kawasan itu sudah melakukan laporan polis berkaitan kecurian penutup besi longkang di kawasan tersebut.

Apa-apapun diharapkan pihak berkuasa dapat tingkatkan pengawasan di kawasan berkenaan memandangkan banyak pulak kes jenayah yang berlaku kat situ. 

Baca: “Rasa nak tendang basikal bagi jatuh” – [VIDEO] Lelaki Ganggu Wanita Dalam Kereta, Siap ‘U Turn’ Kejar Balik!

Gilo

Sumber: Kosmo
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.