Seorang pelakon wanita dan suaminya telah ditahan semula oleh polis untuk membantu siasatan berhubung dengan kes penipuan pelaburan yang membabitkan penjualan lembu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata mereka berdua telah ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Artikel berkaitan : Pelakon Wanita Direman 3 Hari Lepas Polis Berjaya Berkas Bersembunyi Di Sebuah Madrasah
Artikel berkaitan : Selebriti Senior Dakwa Pelakon ‘Demand’ Tinggi Jadi Punca Watak ‘Acu’ Dalam Keluarga Iskandar 3 Tarik Diri?
“Untuk makluman, berkenaan pelakon dan suaminya telah ditangkap oleh BSJK IPD Dang Wangi berkaitan pelaburan dalam penjualan lembu. Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman.”

Terdahulu, dilaporkan bahawa pelakon wanita dan suami yang pernah ditahan sebelum ini bagi kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia telah disiasat bagi kes penipuan darjah kebesaran yang membabitkan kerugian kira-kira RM23,000.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pihak polis daerah itu menerima satu laporan berkenaan kes itu pada 18 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, pelakon wanita yang popular menerusi drama bersiri Nur itu dilaporkan telah ditahan dari tempat persembunyian di sebuah madrasah tahfiz Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Rabu lalu.
Azahar dilaporkan berkata, tahanan itu dibuat berikutan dengan laporan polis daripada ahli perniagaan yang berusia 56 tahun yang membuat laporan polis di daerah ini selepas dikatakan ditipu dalam urusan penjualan lot tanah kurnia di Selangor dengan kerugian mencecah RM1.5 juta.
Malah, sebelumnya ada satu kes tular apabila seorang usahawan produk kecantikan mendakwa bahawa dia telah menjadi mangsa penipuan seorang pelakon wanita bersama suaminya membabitkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.
Sumber : Harian Metro
