Jika sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur dibatalkan, kali ini, satu lagi projek turut dibatalkan.
![mk 1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/mk-1.jpeg)
Menurut Malaysiakini, pada hari ini, di dalam sebuah sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet Putrajaya, Tun M telah mengumumkan pembatalan projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) pula sehari selepas pembatalan HSR.
“Kabinet bersetuju untuk membatalkan HSR dan akan dibincangkan dengan pihak Singapura kerana pembatalan ini akan melibatkan kesan kewangan yang ketara.”
“MRT3 juga tidak akan diteruskan.”
![mrt2](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/mrt2.jpg)
Menurut The Malaysian Insight, PM mengatakan bahawa projek jajaran bulatan yang akan menghubungkan MRT1 dan MRT2 itu tidak akan diteruskan kerana faktor kos sama seperti HSR yang dikatakan tidak membawa faedah kepada negara selain memendekkan jarak perjalanan antara Malaysia dan Singapura serta menelan jumlah wang yang besar.
“Kerajaan tidak akan mendapat untung sama sekali daripada operasinya.”
Sebelum ini, Tun M ada memberitahu bahawa kerajaan Malaysia akan dikenakan bayaran pampasan kerana membatalkan perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini mencecah setengah bilion ringgit.
“Ini adalah keputusan muktamad, tapi ia akan mengambil masa kerana kerajaan mempunyai perjanjian dengan Singapura. Saya difahamkan ia (bernilai) hampir RM500 juta.”
![hsr](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/hsr.jpg)
Harap pembatalan projek-projek ni dapat membantu memulihkan kewangan negara selepas ini dengan menyingkirkan projek yang dikatakan tidak membawa untung kepada negara.
Semoga kita akan nampak kebaikan menamatkan projek ini tak lama lagi.
Baca: Najib Menangis Pegawai Keselamatan Ditarik