in

Lepas 21 Tahun Beroperasi, Rotiboy KLCC Bakal Ditutup Selama-lamanya Bermula 8 September

Rotiboy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak suka makan Rotiboy kan sebab roti jenama Malaysia ini memang sedap, murah dan bau rotinya juga semerbak. Kalau lalu depan mana-mana cawangan kedai Rotiboy memang ramai yang suka hidu bau wangi roti ini kan. 

Namun, selepas 21 tahun beroperasi, Rotiboy cawangan KLCC akan ditutup selama-lamanya bermula 8 September 2024 ini.


Pihak Rotiboy memaklumkan perkara tersebut menerusi Instagram rotiboymalaysia beberapa hari lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Food Court’ KL Sentral Tamat Operasi, Rupanya Ramai Tak Tahu Ia Wujud?

Artikel Berkaitan: “Last tayangan 26/11 ni”- Lepas 18 Tahun Beroperasi, GSC Berjaya Times Square Akan Ditutup Sepenuhnya 27 November Ini

Difahamkan, Rotiboy cawangan KLCC ini merupakan salah satu cawangan Rotiboy yang paling lama beroperasi di Malaysia.

Pihak Rotiboy mengucapkan terima kasih atas sokongan pelanggan-pelanggan mereka yang setia menemani Rotiboy cawangan KLCC selama 21 tahun ini.

Rata-rata warganet yang merupakan pelanggan tetap bakeri itu di KLCC juga meluahkan perasaan sedih mereka atas penutupan cawangan Rotiboy di situ.

3 3

Ramai juga yang mengatakan mereka akan merindui bau enak Rotiboy apabila melalui di hadapan kedai itu ketika berjalan dari stesen LRT KLCC ke Suria KLCC.

Ada juga netizen yang berpendapat mungkin harga sewa kedai yang mahal di KLCC yang menjadi halangan untuk kedai Rotiboy itu beroperasi.

Sumber: Instagram @rotiboymalaysia

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.