“Lenguh tangan weh nak buat” – Netizen Ternganga Tengok Tutorial Pramungari MAS Buat Rambut

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Untuk sesiapa yang pernah naik flight mesti perasan pramungari yang cun-cun, cantik, comel dan macam-macam lagi lah. Kecantikan dorang tu memang sedap mata memandang, lagi-lagi kalau kita tengah penat berlarian dalam aiport takut tertinggal flight.

Pernah tak korang terfikir macam mana pramungari tu buat rambut yang macam siput terletak elok je tak terjuntai keluar. Haaa.. ni admin nak share satu video oleh @LelakiOnTheGo yang di kongsi di Twitter. Dalam video kat bawah ni korang boleh tengok macam mana pramungari buat rambut sebelum mula bertugas. Selamat menonton.

 

Lenguh tangan weh nak buat

Memang admin respek lah pramungari yang setiap hari buat rambut macam ni. Entah pukul berapa lah dorang bangun kan, nak makeup lagi, nak buat rambut lagi. Perghh, dahsyat!

Benda macam ni mesti berlaku kat orang yang kelam kabut sikit. Iyelah main cucuk je sana sini, lupa habis ada berapa pin. Dah baring atas katil baru perasan ada satu lagi tercucuk kat rambut.

Memang respek lah setiap hari buat. Tapi tu lah kan, kalau jadi memang nampak cantik. Kalau tak jadi tu habis kacau mood satu hari. Silap-silap passanger dalam flight pun kena marah sekali.

Kann. Admin dah cakap tadi, rambut siput ni cantik je terletak kat kepala. Admin rasa mesti dorang ada kelas makeup dan buat rambut dekat kolej dulu kan. Memang power betul skill buat rambut.

 

Baca: “Sampai patah tangan” – Netizen Setuju Lepas Cabin Crew Luah Rasa Geram Terhadap Penumpang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.