in

“Lempanglah! Lempanglah!” – [VIDEO] Remaja Lelaki Tampar Ibu Berkali-Kali, Maki Hamun Sebab Tak Diberikan Duit Elaun RM300

Tiktok Pukul

Satu video TikTok viral menunjukkan seorang remaja lelaki memarahi dan memukul seorang wanita dipercayai ibunya telah menaikkan kemarahan netizen.

Menurut Nextshark, kejadian itu berlaku di Singapura dan polis tempatan kini sedang menyiasat isu video viral itu. Difahamkan, remaja itu berbuat sedemikian kerana ibunya enggan memberi elaun akibat ketiadaan wang. 

Melalui video rakaman berdurasi 3 minit itu yang kemudiannya dimuat naik di TikTok, pergaduhan itu bertukar menjadi serangan fizikal apabila remaja tersebut bertindak melempang, memukul bahagian kepala dan memaki ibunya itu.

Tiktok1

Lebih teruk lagi, dia juga dilaporkan turut melempang ibunya beberapa kali. Ibunya kemudian dilihat menjerit dan memarahi anaknya serta didengari berkata,

Lempanglah! Lempanglah!”

Tonton video itu di bawah:

Menurut Coconuts, polis Singapura telah menerima laporan tentang video terbabit dan siasatan kini sedang dijalankan. Pihak sekolah pula tidak dapat memberi apa-apa maklumat dan berkata mereka kini membantu pihak polis apa yang termampu.

“Memandangkan kes ini dalam siasatan pihak polis, kami tidak dapat memberi komen apa-apa.”

Difahamkan, selepas video itu menjadi viral. pelajar lelaki tersebut memohon maaf di Instagram dan menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Katanya, dia memang jarang bercakap dengan kedua ibu bapanya dan menganggap mereka sebagai ‘strangers’.

Masalah keluarga saya memang teruk. Saya dan ibu bapa tak bercakap pun dalam rumah tu. Macam orang tak dikenali.”

Dia turut berkata ibunya telah mengadu kepada abang tiri bahawa dia desak agar diberikan 100 Singapore Dollar (RM304.98) sedangkan ia memang jumlah elaun untuk dirinya. Baca sepenuhnya di bawah:

Tiktok2

Baca: “Gapunya adab lo kek ginian” – [VIDEO] TikTok Lelaki Indo Konon ‘Buat Konsert’ di Tanah Perkuburan Cetus Kontroversi

Tiktok Viral

Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark