Kawasan rumah yang pernah ada kes denggi confirm akan kena fogging. Fogging yang dilakukan ni selalunya akan diberitahu awal, dalam sejam sebelum operasi. Buat lah apa yang patut nak buat waktu tu, tutup makanan ke atau apa-apa lah.
Tapi lain pulak dengan satu video yang viral di Twitter ni. Ada seorang brader ni selamba je buat fogging. Cuba korang tengok sendiri video dekat bawah ni.
https://twitter.com/affanlahh/status/1159453976586158080?s=21
Lemas weh!
Admin tengok pun rasa nak tutup hidung, tak tahu lah ada yang dorang rasa dekat dalam tu. Ada pakcik tu sampai kena sembur depan muka weh. Mahu mati semua kuman-kuman dekat dia tu.
Tu lah yang admin cakap tadi. Tapi yang ni dia cakap kutu lah. Segala jenis serangga boleh mati kena sembur dekat-dekat macam tu. Yang belum menetas pun boleh mati.
Boleh jadi gak. Brader tu dah malas nak tunggu, banyak lagi blok lain nak kena fogging. Kau lambat sangat turun, aku sembur lah terus. Hah! Senang kerja aku
Time admin tengok ni memang tersembur gak lah. Kesian pakcik tu, bangun-bangun tiba-tiba kena sembur macam tu. Depan muka pulak tu. Lemas weh. Mintak nyawa…
Eh relaks lah, orang lain terhibur relaks je. Jangan lah bitter sangat. Kalau nak bitter pegi main FB sana. Eh.
Tapi apa yang mamat tu buat memang takleh terima. Kita yang setakat spray nyamuk sembur lebih sikit dalam bilik pun dah lemas, ni apa pulak yang dorang rasa kena sembur depan muka. Bertabahlah pakcik-pakcik sekalian.
Baca: “Sy merayu pada perokok, hormatilah org sekeliling” – Bayi 2 Bulan Muntah Darah Gara-gara Asap Rokok