Perodua Myvi boleh dikatakan kereta kegemaran ramai di Malaysia. Tidak lupa juga kereta yang mempunyai pelbagai isu ‘panas’. Namun, seorang gadis ini ternyata bukanlah peminat kereta tersebut.
Menurut Moretify, seorang netizen bernama John memuat naik status menceritakan pengalaman keluar dating bersama dengan crush. Status tersebut kemudian menjadi viral dan mendapat banyak share di Facebook.
“Tiga bulan lepas, ketika bekerja saya berjumpa dengan seorang gadis cantik. Akhirnya, saya berpeluang untuk keluar minum bersamanya, tetapi saya memandu Myvi yang sudah berusia 11 tahun untuk menjemputnya.
“Perkara pertama yang dia katakan selepas masuk ke dalam kereta adalah “Awak ada kereta lain tak?”. Saya kemudian beritahu bahawa saya hanya mempunyai kereta Myvi. Selepas keluar bersama pada hari tu, tiada lagi khabar berita darinya dan kami tidak berhubung lagi.
“Minggu lepas, saya mencuba nasib dan memberanikan diri untuk mengajaknya keluar buat kali kedua. Tetapi kali ini, saya memandu kereta baru Mercedes Benz untuk menjemputnya. Sebaik sahaja nampak kereta itu, dia senyum lebar. Selepas hari itu, dia mula mengambil inisiatif untuk mesej saya setiap hari. Apa patut saya lakukan?”
John mengakhiri statusnya dengan hashtag mengatakan ianya adalah cerita benar dan gadis itu mungkin agak materialistik tetapi perangainya baik sahaja. Selain itu, dia turut berkongsi gambar Mercedes Benz E-Class bersama dengan status tersebut.
Netizen yang membaca statusnya rata-rata mengkritik gadis itu dan meminta lelaki berkenaan untuk meninggalkannya,
Dia sukakan kereta awak, bukan sukakan awak.”
Lupakan dia, jika satu hari sebuah Ferrari datang menjemputnya dia akan ikut lelaki itu pula.”
Dia sangat materialistik. Dia cuma mahu tahu jika awak ada duit atau tidak.”
Sememangnya Myvi sangat popular di Malaysia dan status lelaki itu sudah tentu mengguris hati dan perasaan pemilik Myvi. Rata-rata mempersoalkan adakah ianya satu kekurangan memandu kereta itu.
Ada juga yang tidak percaya akan cerita itu dan berkata John hanya menggunakan kereta milik bapanya. Seorang netizen malah mempersoalkan tentang gadis itu yang bersetuju keluar dengannya buat kali kedua.
Macam mana dia masih mahu keluar dengan awak buat kali kedua sedangkan dia tahu awak hanya memandu Myvi?” soal netizen.
John kemudian membalas,
Sebab sebelum keluar buat kali kedua itu, saya beritahunya saya sudah tukar kereta!”
Materialistik?
John turut memuat naik beberapa lagi gambar kereta Mercedes Benz itu termasuk gambarnya sedang memandu.
Namun, tidak semua menghentam tindakan gadis itu. Malah, ada yang memberi komen bahawa gadis itu hanya memikirkan masa depan dan ianya tidak salah sama sekali.
Come on, lelaki semua sama. Apa yang korang kisah cuma rupa dan bentuk badan perempuan. Jika dia gemuk dan hodoh, adakah awak akan ajaknya keluar?”
Hmmm, apa pendapat korang?