in

Lelaki Tertelan Serpihan Kaca Ketika Menjerit Kerana Terkejut Kerusi Jatuh Atas Cermin Kereta

Jatuh Kerusiii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang datang tanpa diduga. Ketika sedang memandu melalui lebuhraya Central Expressway (CTE) di Singapura, seorang lelaki dikejutkan dengan sebuah kerusi plastik terjatuh di atas keretanya pada Isnin lepas.


18403625 826596670838265 570457572764585287 N
sumber: stomp

Akibat daripada cermin hadapan kereta yang pecah, Alex Chang, seorang DJ dikejarkan ke hospital setelah tertelan kaca dan mengalami sakit leher.

Sahabat mangsa, Carlers Thio yang berada di dalam kenderaan bersama mangsa ketika kejadian tersebut berlaku tidak mengalami sebarang kecederaan.

18403726 826596320838300 6291120941060044201 N
sumber: stomp

Menurutnya, dia bersama Alex dalam perjalanan pulang ke rumah apabila sebuah kerusi merah jatuh ke atas kereta sebelum kenderaan tersebut memasuki terowong Chin Swee.

Kereta yang dipandu Alex itu kemudiannya berhenti apabila kerusi tersebut menghentak cermin hadapan kereta dan seterusnya cermin tersebut berderai dengan ‘impak yang agak kuat’.

18301807 826596334171632 1230551654686442965 N
sumber: stomp

Alex menjerit dan dia tertelan cebisan kaca tersebut.” 

Carlers tidak tahu dari mana datangnya kerusi tersebut namun dia beranggapan ia kemungkinan terjatuh dari sebuah lori yang bergerak dari arah bertentangan atau ia telah dilemparkan dari atas jejantas.

18341920 826596674171598 8618081798777064989 N
sumber: stomp

Melalui perkongsian di Facebook, Carlers menamakan CTE sebagai Chair Throwing Expressway, atas sindiran kepada kejadian yang menimpa dia dan Alex. Kerusi jatuh dari langit kot!  

Carl
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, setakat ini pihak polis Singapura masih menjalankan siasatan dan Alex sudah dibenarkan keluar dari hospital setelah menerima rawatan yang sepatutnya.

Nasib baik tak jadi apa-apa. Semoga mangsa tak trauma lagi untuk melalui lebuhraya tersebut.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.