in

Lelaki Tegur Sikap Buruk Sekumpulan Pelanggan McDonald’s Tidak Kemas Makanan Selepas Bersahur

Mcddddd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar bahagian kiri di atas hanya sekadar hiasan.


Jarang sekali kita lihat orang zaman sekarang mengemas makanan selepas mereka selesai makan di restoran. Budaya Malaysia jauh sekali berbeza dengan apa yang dipraktikkan di luar negara, di mana orang di sana tidak mengharapkan tukang cuci untuk membersihkan sisa makanan mereka.

Namun akibat tidak dapat menahan perasaan melihat sikap menjadi-jadi sekumpulan pelanggan di McDonald’s, Alan Azlan telah meluahkan rasa hatinya di laman Facebook akan hal tersebut.

Berikut apa yang ditulisnya:

“Ini apa yang berlaku apabila kita fikir Ramadan itu hanyalah sekadar pantang larang dari segi fizikal semata-mata.” 

Jam berdetik 3.45 pagi dan sekumpulan haiwan yang berupa manusia baru saja selesai bersahur. Mereka dilihat sedang meninggalkan premis ini tanpa ada sedikitpun rasa bersalah kerana tidak mengemaskan makanan yang mereka tinggalkan.” 

Menurutnya lagi, pekerja yang dalam keadaan lesu kerana penat bertugas seharian masih lagi bersabar dalam melayan kerenah pelanggan itu yang berjalan dengan megahnya melepasi pekerja-pekerja tersebut.

Menurut gambar di bawah, anda boleh lihat kentang-kentang yang tidak habis di makan, yang mana akan membawa kepada sisa pembaziran.”

19060214 1741523082524824 41491936471513544 N
sumber: facebook

“Adakah orang-orang yang tak berguna ni fikir Ramadan hanya sekadar menahan makan dan dahaga pada waktu pagi dan penuhkan perut mereka pada waktu malam pula?” kritik Alan.

Pada pandangannya, memang benar pelanggan ini membayar untuk makanan mereka tetapi tidak salah jikalau mereka menjadi sedikit prihatin dan membuang sisa-sisa makanan tersebut ke tong sampah.

Mungkin juga ramai yang menganggap pekerja di restoran itu dibayar untuk memastikan kebersihan di premis tersebut terjaga, namun bukankah juga kebersihan itu tanggungjawab bersama? Fuh! Sentap you alls! 

Lain kali kalau kau orang nak tinggalkan sisa makanan yang berlebihan tu, tolonglah ingat akan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan yang sanggup membunuh untuk terus hidup di hari-hari mendatang. Tergamak sungguh kau orang!”  

Mcdonaldcrew
gambar hiasan

“Tak pernah terlintas ke di fikiran kau orang akan kepayahan pekerja-pekerja ini yang berhempas pulas untuk bertahan sepanjang hari dalam melakukan pekerjaan mereka di bulan Ramadan, dalam pada masa yang sama kena melayan kerenah anda semua?” luahnya sakit hati.

Tak pernahkah anda rasa kesian melihat mereka yang terpaksa bertahan akan sikap kebinatangan anda yang bodoh dan mentah, seakan-akan pekerjaan mereka tidak cukup memeritkan?” 

Elderly Man Working At Mcdonald’s 1
gambar hiasan

Burn baby burn! Kalau korang yang baca ni tak terasa, entahlah macam mana…

Alan juga sempat membuat perbezaan premis McDonald’s di USA dan Australia dari premis di sini yang selalu dikaitkan dengan streotaip kebanyakan pelanggan merupakan mereka yang tidak berduit kerana McDonald’s satu-satunya makanan yang mereka mampu beli. Lain pula jenis pelanggannya di sini! 

Menurut Alan, pelanggan tersebut bukannya miskin dari segi wang namun miskin dari segi jiwa yang mereka miliki.

Perkongsian ini telah mendapat respon yang positif dari pengguna Facebook yang kebanyakannya bersetuju dengan apa yang dikatakan Alan. Malah menurut mereka juga, inilah masanya rakyat Malaysia harus belajar untuk membuang sikap jelik tersebut. Hmm ada betulnya juga! Kalau tak macam mana nak menuju Transformasi Negara 50 ni?

Mcd 1 Vert
sumber: facebook

Yang baik kita ambil sebagai tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Simple kan?

Baca: Netizen Dikecam Kerana Nasihatkan ‘Non-Muslim’ Untuk Beri Muslim Laluan di McDonald’s Ketika Waktu Berbuka

Mcd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.