in

Lelaki Tayang Video Kecurangan Pasangan Depan Tetamu di Majlis Perkahwinan

Curang F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penyiasat persendirian bernama Zhuo baru-baru ini berkongsi tentang kes paling dahsyat pernah dikendalikannya suatu ketika dahulu.


Menurut Zhuo, pada ketika itu dia diupah oleh seorang usahawan kaya raya di Singapura yang meminta untuk menyiasat bekas tunangnya sebelum perkahwinan mereka.

Curang 1
gambar hiasan

Zhuo kemudian mengekori tunang usahawan itu selama lebih kurang satu bulan setengah. Pada mulanya, wanita itu menjalani kehidupan yang normal dan tidak menunjukkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Namun, seminggu selepas itu, wanita berkenaan mula tunjuk belang dan kecurangannya akhirnya terbongkar. Rupa-rupanya, pada masa yang sama tunang usahawan itu menjalin hubungan dengan lelaki lain dan merancang untuk bertemu di sebuah hotel.

Zhuo juga berjaya mendapatkan bukti pada waktu pertemuan mereka di hotel itu. Menurutnya,

“Mereka naik ke bilik tersebut bersama-sama tetapi mereka keluar meninggalkan hotel secara berasingan. Tetapi, kedua-duanya keluar dari bilik yang sama.”

Curang 2
gambar hiasan

Zhuo kemudian memberikan bukti yang diperolehinya kepada usahawan kaya raya itu, dengan tanggapan bahawa perkahwinan mereka tidak akan berlangsung.

Bagaimanapun, Zhuo memberithau bahawa dia sangat terkejut ketika menerima panggilan daripada usahawan itu yang menjemputnya ke majlis perkahwinan mereka. Menganggap semuanya sudah diselesaikan, Zhuo hadir ke majlis tersebut.

“Semasa majlis perkahwinan itu, mereka menayangkan video percintaan pasangan tersebut dan rupa-rupanya ada kejutan khas menanti untuk pengantin perempuan berkenaan. Ketika video itu baru ditayangkan separuh, tiba-tiba pengantin lelaki tersebut mendedahkan video rakaman kecurangan wanita itu di hadapan semua tetamu.”

Pengantin perempuan menjadi terlalu malu ketika melihat video itu sehinggakan dia terus berlari keluar.

Curang 3
gambar hiasan

Menurut Zhuo, 70% daripada klien yang mencarinya adalah mereka yang mahu menyiasat kes kecurangan tetapi kes ini mungkin salah satu yang tidak dapat dilupakannya.

Macam susah je nak cari true love sekarang ni….

Baca: Isteri Jolok Cili Padi ke Dalam Kemaluan Wanita Simpanan Suami Selepas Kecurangan Terbongkar

Wife Cili

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.