in

Lelaki Sindir Orang Lelaki Pandu Kereta Berjenama Tempatan dan Anggap Ianya Memalukan

Car

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kereta berjenama antarabangsa sememangnya jauh lebih bagus jika ingin dibandingkan dengan kereta jenama tempatan. Pelbagai perbandingan kita dengari mengatakan kereta tempatan tidak berkualiti dan tidak lupa juga ramai netizen yang memandang rendah dengan mereka yang memandu kereta tempatan. Janganlah macam tuuu!


lelaki ini yang turut tidak ketinggalan untuk menghentam pemandu kereta buatan tempatan.

Guy
sumber: world of buzz

Lelaki itu melalui status di Facebook berkata,

Saya tidak faham apa yang orang sekarang fikirkan. Dan semakin saya fikir tentang itu, semakin saya menjadi marah.

Zaman sekarang, mereka yang memiliki kereta buatan tempatan sangat berani berkata: ‘Saya memiliki sebuah kereta’.

Perkara ini sangat memalukan! Orang sebegitu berfikir bahawa mereka akan dapat teman wanita dengan memandu kereta tempatan. Berangan jelah!

Jika anda tidak memandu kereta mewah antarabangsa, anda tidak layak untuk berkata: ‘Saya mempunyai kereta, saya boleh datang menjemput awak’.”

2017 11 4 13 44 24

Lelaki itu turut menceritakan bagaimana perempuan dimanjakan oleh ibu bapa sejak kecil. Jadi, tiada perempuan yang akan tertarik dengan kereta berharga kurang daripada RM1 juta.

Senang cerita, saya tahu kebanyakannya yang memiliki kereta tempatan tiada apa yang bagus sangat. Jangan ingat saya tidak tahu apa yang bermain di fikiran kotor awak.

Jika saya benar-benar tidak boleh tahan, saya akan dedahkan identiti awak dan biar perempuan tahu siapa awak yang sebenarnya.”

Ramai netizen berang dengan cara lelaki itu memandang rendah terhadap pemandu serta kereta tempatan. Of course lah kan!

“Kalau berani sangat, sila dedahkan alamat dan kereta yang anda pandu,” cabar seorang netizen.

“Awak sedar tak apa yang awak katakan ini? Walaupun anda memandu kereta kereta bernilai berjuta-juta Dollar, tiada perempuan yang akan sukakan awak kereta mentaliti yang anda miliki,” komen seorang lagi.

Apa salahnya memandu kereta jenama tempatan?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.