in

Lelaki Sanggup Bakar Bentley Semata-Mata Nak ‘Claim’ Duit Insurans Untuk Bayar Hutang Ahlong

Bakar Bentley Nak Claim Insurans Bayar Hutang Ahlong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara ‘mati akal’ memikirkan hutang yang terlalu banyak perlu dibayar, dua rakan membuat keputusan untuk membakar kereta mewah Bentley demi untuk membuat tuntutan palsu insurans bernilai RM250,000 minggu lepas.

Bukan itu saja, lelaki berusia 36 tahun itu turut membakar dua buah lagi kenderaan milik mereka akibat terdesak dan memerlukan wang untuk membayar hutang ah long mencecah setengah juta, lapor Kosmo.


Bakar Kereta2

Bagaimanapun, taktik mereka itu dapat dihidu pihak polis dan menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali, suspek pertama telah membuat laporan pada 13 September mendakwa kereta jenis Bentley Continental GT(A) miliknya telah terbakar di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam.

Polis kemudian menerima dua lagi laporan daripada individu lain berkenaan kejadian kebakaran dua buah jenis kereta iaitu Ford Fiesta dan Hyundai Accent.

Apabila polis pergi ke lokasi, kita dapati ada keraguan berhubung kejadian itu.”

Pengadu pertama ditahan pada pukul 5.30 petang pada hari sama manakala rakannya ditahan keesokkan harinya,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Sungai Udang.”

Bakar Kereta3

Bakar Kereta1

Polis dilaporkan telah menahan kedua-dua suspek di sekitar Bandar Melaka pada 13 dan 14 September lepas. Mereka dipercayai telah merancang kejadian itu sejak tiga bulan lalu dan menurut polis, kes ini merupakan yang pertama membabitkan modus operandi membakar kenderaan sendiri atas tujuan tuntutan insurans.

Baca: Remaja Jual Motor Ayah Semata-mata Nak Beli Tiket Flight Jumpa Lelaki Yang Dia Kenal Dari Online Game

Pjimage 2021 06 10T141215.138

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.