in

Lelaki Pecahkan Cermin Kereta di Pasar Malam Kepong Berjaya Ditangkap Oleh Orang Awam

Pencuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Pecahkan Cermin Kereta di Pasar Malam Kepong Berjaya Ditangkap Oleh Orang Awam
Loading
/

Meninggalkan barangan berharga di dalam kereta sangatlah tidak digalakkan kerana akan menarik perhatian pencuri kerana mereka akan mencuba sedaya upaya untuk mencuri barangan tersebut. Bukan setakat curi barang, confirm lah dorang akan pecahkan cermin dan rosakkan kereta jugak!


Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Lim William telah memuat naik beberapa video dan gambar berhubung kes sebegitu yang berlaku di Kepong.

Menurutnya, salah seorang pencuri berjaya ditangkap orang awam pada Ahad lalu di pasar malam Kepong.

“Terdapat dua pencuri yang sedang cuba untuk mencuri dengan memecahkan cermin kereta, tetapi kami berjaya menangkap salah seorang daripada mereka.”

Curi1 1
sumber: facebook
Curi4
sumber: facebook

Lim turut memuat naik gambar dan video yang menunjukkan keadaan pencuri yang ditangkap itu. Lelaki tersebut dilihat terduduk di atas jalan raya dengan tangan dan kakinya diikat oleh penduduk setempat sementara menunggu pihak polis tiba di lokasi.

Menurut World of Buzz, pencuri itu juga nampak seperti dipukul kerana mempunyai kesan lebam serta dipercayai mengalami kecederaan ringan. Melalui video itu, orang awam yang berang mengelilingi lelaki berkenaan dan memarahinya kerana melakukan jenayah itu namun dia terus menerus cuba untuk menyorokkan mukanya.

“Angkat muka kamu tunjukkan pada kamera. Kalau tak mahu orang rekod, kamu tidak sepatutnya pecahkan cermin kereta orang lain dan mencuri barang mereka,” kata seorang lelaki.

Pihak polis kemudian tiba untuk menahan pencuri itu dan membawanya ke balai polis untuk siasatan lanjut. Good job abang polis!

Curi3
sumber: facebook
Curi2
sumber: facebook

Harap-harap lebih ramai orang awam akan tampil dan membantu dalam kes sebegini jika berlaku di depan mata. Eh, tapi jangan menghukum sendiri pulak. Serahkan pada pihak polis ye…

Baca: Dua Lelaki Ragut Gadis di Cheras Berjaya Ditangkap Selepas Merempuh Kereta Ketika Cuba Larikan Diri

Ragut 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.