Mencacah tatu mungkin merupakan satu keputusan yang sukar dan agak drastik bagi sesetengah orang. Tapi, bagi seorang lelaki di Florida ini, dia rela menjadikan belakang badannya sebagai kanvas dimana dia mengumpul tatu tandatangan ahli keluarga, rakan-rakan dan juga beberapa selebriti terkenal Hollywood.
Funky Matas, seorang social media entertainer kini memegang rekod dunia bagi tatu tandatangan paling banyak dicacah pada belakang badan.
Funky atau nama sebenarnya, Juan Matas sebelum ini bekerja sebagai seorang tatu artis memilih untuk menjadikan belakang badannya sebagai kanvas dan mula meminta ahli keluarga dan rakan-rakan menurunkan tandatangan sebelum mencacah tatu berkenaan pada belakang badannya.
Selain itu, Funky juga mendedahkan dia sanggup mengejar beberapa selebriti Hollywood dan meminta mereka menandatangani belakang badannya sebelum dia mencacah tatu berkenaan secara kekal. Kini, Funky difahamkan mempunyai lebih 225 tatu tandatangan di belakang badannya, lapor Oddity Central.
Bercakap mengenai projek ‘gila’nya itu, Funky berkata tiada siapa pun yang benar-benar mencuba untuk menghalang dia mencacah tatu tandatangan orang ramai di belakang badannya susulan mereka sedia maklum dengan gaya hidupnya yang liar serta perangai keras kepalanya.
Selain mempunyai tatu tandatangan ahli keluarganya dan rakan-rakan, belakang badan Funky juga mengandungi tatu tandatangan beberapa selebriti terkenal Hollywood seperti Elijah Wood, Will Smith, Gerard Butler dan Michael J.Fox.
Malah, Funky juga berjaya mendapatkan tandatangan pelakon suara watak animasi Spongebob Squarepants dan Dave Prowse, pelakon pertama yang memegang watak Darth Vader.
Jelas Funky dalam satu hantarannya di laman sosial Instagram, meskipun dia pernah dikejar pengawal keselamatan, pelawaannya ditolak beberapa selebriti dan curi-curi masuk ke dalam majlis, lelaki itu beranggapan projeknya itu sangat bermakna dan mengaku tak akan melupakan sesiapa yang menurunkan tandatangan pada belakangnya meskipun mereka tak akan pernah berjumpa lagi.
Walaupun sudah mengumpul lebih 200 tandatangan di belakang badannya dan sudah berjaya memecahkan rekod dunia, Funky berkata dia masih mahu meneruskan projek terbabit dan percaya dia masih mampu memuatkan sehingga tandatangan ke-300.
Sumber: Oddity Central
Baca: Wanita Ini Cacah Tatu Pada Bayi Kembar Sebab Nak Bezakan, Rupanya Ada Sebab Lain