fbpx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi mengelakkan kekeliruan, seorang ibu berusia 31 tahun bertindak mencacah tatu pada salah seorang bayi kembarnya.

Wanita yang berasal dari United Kingdom, England itu berkata, dia mempunyai alasan yang tersendiri kenapa dia melakukan perkara sedemikian.


Jack Adam E1607739488438
Gambar hiasan

Menerusi luahannya di laman web Reddit, ibu kepada bayi kembar bernama Adam dan Jack (bukan nama sebenar) itu berkata, Jack dilahirkan dengan satu kondisi yang memerlukannya diberi suntikan setiap minggu.

Flu Shot E1607739976980
Gambar hiasan

“Ibu mertua saya pernah tersilap dan menyuntik Adam dengan ubat yang sepatutnya diberikan pada Jack,” kata wanita itu.

Tambahnya lagi, walaupun Adam tidak mengalami apa-apa kesan sampingannya yang boleh membawa maut, bayinya itu tetap mengalami cirit-birit yang berlarutan selama beberapa hari.

Memetik Daily Star, ibu berkenaan bersetuju untuk mencacah tatu pada Jack selepas mendapat saranan doktor.

Freckles E1607739692174
Gambar hiasan

“Tatu yang dicadangkan doktor adalah sangat kecil. Ia kelihatan seperti freckle sahaja. Proses berkenaan juga dilakukan semasa bayi saya diberi bius yang rendah dosnya sama seperti dos yang sering diberikan semasa berjumpa dentist,” terang wanita itu.

Meskipun penerangan wanita itu mendapat sokongan orang ramai di Reddit, hubungannya dengan ibu mertua pula semakin dingin.

“Saya sudah terangkan pada ibu mertua tetapi marah dan sukar menerimanya. Dia rasa saya sudah melampau kerana mencacah tatu pada anak kecil dan menggubah rupa paras mereka,” katanya.

Sumber: Daily Star,Reddit

Baca: “Takkan sebab ada tattoo kau taknak kawan dengan dia?” – Netizen Persoal Perangai Orang Tempatan Tinggalkan Mualaf Keseorangan Tak Berteman

Tat E1607739201353

Sumber: Pinterest
Sumber: WRVO

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top