in

Lelaki Pakai Boxer Dicekup Cuba Pecah Rumah Orang Jam 5 Pagi

ft suspek pecah rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki warga Indonesia dicekup kerana cubaan memecah masuk sebuah rumah yang terletak di Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam.

Dalam video yang tular di media sosial, lelaki tersebut dilihat berada di atas sebuah bumbung dalam keadaan hanya memakai boxer sahaja. Orang ramai yang berkumpul di depan rumah menggesa lelaki itu turun.


Artikel berkaitan : Cucu Tun Mahathir Alami Kerugian Berjumlah RM1.8 Juta Lepas Rumah Dipecah Masuk

Artikel berkaitan : Influencer Jaja Kisah Rumah Tangga Di Live TikTok Kena Reman 6 Hari, Pecah Masuk Rumah Bekas Suami

Cubaan pecah masuk jam 5 pagi

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, bahagian Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menerima panggilan pada jam 6.32 pagi daripada orang awam yang memaklumkan kejadian tersebut.

Katanya, polis dari unit kereta peronda (MPV) bergegas ke lokasi kejadian sejurus sahaja mendapat panggilan tersebut.

“Seorang suspek lelaki warga Indonesia berusia 38 tahun telah diserahkan kepada polis kerana dipercayai cuba memecah masuk ke dalam sebuah rumah penduduk di kawasan tersebut.”

“Suspek yang tidak bekerja itu cuba memecah masuk ke dalam rumah dengan cara memanjat ke atas bumbung, namun perbuatannya disedari tuan rumah setelah mendengar bunyi pergerakan di atas bumbung kediamannya.”

Katanya, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk masuk ke Malaysia.

Beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini boleh hubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Aznor Zainal di talian 017-3989155.

Sumber : Sinar Harian, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.