in

Lelaki Mualaf Sedia Khidmat Teksi Untuk Golongan Miskin Dengan Tambang Hanya 10 Sen

Page 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat untuk membantu golongan kurang berkemampuan selain mahu beramal membuatkan seorang muallaf tekad menyediakan perkhidmatan teksinya sendiri.


Elvan Chan Abdullah, 34, menggunakan kereta Kia Spectra miliknya dengan hanya mengenakan bayaran tambang 10 sen kepada warga emas atau golongan kurang berkemampuan yang mahu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Elvan1
sumber: facebook | elvan abdullah

Perkhidmatan teksi Elvan boleh didapati di sekitar Kajang, Bangi dan Semenyih. Elvan akui meskipun meletakkan harga sebanyak 10 sen, namun ramai penumpangnya yang membayar lebih.

Biarpun mereka susah namun tetap menghulurkan tambang lebih sekadar kemampuan mereka, biarpun sudah dijelaskan hanya bayar 10 sen,” katanya.

Meskipun menggunakan kereta yang sudah berusia lebih 10 tahun, Elvan bersyukur kerana keretanya tu tidak pernah mengalami kerosakan teruk sepanjang mengambil pelanggan.

Elvan2
sumber: facebook | elvan abdullah
Elvan4
sumber: facebook | elvan abdullah

Sehingga kini, Elvan sudah pun membantu lebih 50 pelanggan yang kebanyakkannya daripada keluarga miskin dan tidak mempunyai pengangkutan sendiri. Bukan hanya mengambil penumpang, Elvan malah turut menunggu sehingga urusan mereka selesai di hospital. Bagusnya!

Kini, perkhidmatannya semakin mendapat sambutan hangat dan Elvan berhasrat untuk mendapatkan kenderaan yang lebih besar seperti van supaya dapat mengambil lebih banyak penumpang dalam satu masa.

Elvan3
sumber: facebook | elvan abdullah
Elvan5
sumber: facebook | elvan abdullah

Elvan turut akui sedih apabila adakalanya terpaksa menolak permintaan pelanggannya.

Kereta yang digunakan sekarang hanya boleh memuatkan empat penumpang. Setakat ini saya hanya ambil tiga penumpang sehari dan yang betul-betul memerlukan,” kata Elvan.

Semoga niat murni Elvan dipermudahkan dan setiap perjalanannya membawa pelanggan selamat dan tidak ditimpa masalah. Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan teksi Elvan, boleh hubungi 011-15270858.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.