in

Lelaki M’sia Lebih Ramai Mati Akibat Covid-19 Berbanding Wanita! Ini Kata Pakar…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga kini data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan keseluruhan kes kematian sebanyak 76 individu dan mengejutkan daripada jumlah itu 58 daripadanya ada lelaki.


Jumlah itu adalah 3/4 daripada jumlah kematian secara total.

Untuk pengetahuan korang, peratusan ini sebenarnya lebih tinggi berbanding negara lain seperti Itali (68%), China (64%), Jerman dan Sepanyol (64%) serta Australia dan Sweden dengan masing-masing (60%), lapor FMT.

 

Wanita lebih berdaya tahan terhadap penyakit berbanding lelaki

Dalam kajian Jurnal Perubatan British, Lancet menyatakan alasan lebih ramai lelaki mati disebabkan perbezaan imunologi atau jantina berasaskan seks seperti gaya hidup dan kelaziman merokok.

Secara amnya, wanita lebih berdaya tahan terhadap sebarang jenis penyakit berjangkit atau tidak berjangkit berbanding lelaki.”- Dr Kuljit Singh/Pakar Perubatan Swasta

Malah dalam kajian yang dilakukan Morbiditi Malaysia pada 2015, menunjukkan lelaki di negara ini lebih terdedah kepada penyakit akibat beberapa faktor seperti “diet tidak sihat, tidak aktif fizikal, penggunaan tembakau dan penggunaan alkohol yang berbahaya”.

Ia adalah satu kombinasi yang menakutkan yang menjadikan lelaki sangat terdedah kepada Covid-19. Mereka mempunyai risiko peningkatan komplikasi teruk akibat jangkitan Covid-19,” – Azrul Mohd Khalib/ Ketua eksekutif Pusat Galen (Dasar Kesihatan dan Sosial)

Malah ujar Azrul lagi, berkemungkinan kadar kematian tinggi akibat Covid-19 dalam kalangan lelaki di negara ini disebabkan pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 penyakit kronik atau tak berjangkit.

Malah kajian di AS pula menyatakan sebab yang berbeza iaitu :

  • 15% lelaki di AS tidak mencuci tangan selepas keluar tandas berbanding dengan 7% wanita.
  • Apabila mereka mencuci tangan, hanya 50% lelaki menggunakan sabun berbanding 78% wanita.

 

Tapi guys, ini hanyalah kajian…

Baca : “Sebagai orang Islam kami tak boleh terima!”  Golongan Muslim Marah Kerajaan Sri Lanka Wajibkan Pembakaran Mayat Pesakit Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.