in

Lelaki Menyamar Jadi Pihak Pengurusan KLCC Cuba Tipu Wanita Ini Untuk Dapatkan Gambar Bogelnya

A2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermacam jenis penipuan wujud di zaman serba canggih ini. Saban hari, pasti ada sahaja cara terbaru untuk menipu mangsa.


Terbaru, seorang wanita dihubungi oleh lelaki yang tidak dikenali melalui e-mel. Lelaki itu menipu dengan mengatakan beliau wakil daripada pusat beli belah terkemuka, Suria KLCC dengan harapan untuk mendapatkan gambar bogel wanita itu.

C1 1
sumber: instagram | chanah

Mangsa, Chanah EeChing berada di luar negara ketika menerima e-mel daripada seorang lelaki bernama ‘Gerald Chan’ yang mendakwa beliau bekerja di Jabatan Pengurusan Acara Suria KLCC.

Menurut Gerald, beliau mahu melantik Chanah sebagai duta pusat beli belah keempat yang bakal dibuka. 

Chanah turut ditawarkan gaji sebanyak RM13,000!

S1

“Kami sedang merancang untuk membina pusat membeli belah keempat.

Gaji yang ditawarkan adalah RM5000 + RM8000 = RM13,000.”

A0

Menurut Chanah, lelaki itu mungkin mendapat alamat e-mel melalui akaun Instagram miliknya. Dari mula lagi, beliau dapat merasakan sesuatu yang tidak kena namun tetap membalas e-mel tersebut.

“Sejak mula saya menerima e-mel tersebut, saya dapat rasakan sesuatu yang tidak kerana e-mel tersebut bukan secara rasmi dan tidak dihantar oleh bahagian korporat. Lebih-lebih lagi, ianya dari syarikat besar seperti Suria KLCC.”

“Bagaimanapun, saya membalas e-mel itu seperti biasa untuk ambil tahu apa yang lelaki itu mahukan dari saya. Jadi bolehlah saya dedahkan niatnya itu dan beri peringatan kepada rakan-rakan saya.”

C2 1
sumber: instagram | chanah

Chanah kemudian menerima mesej di Whatsapp daripada seseorang yang mendakwa dirinya sebagai ‘Danson’ wakil daripada ‘bahagian HR’ Suria KLCC.

Lelaki itu meminta Chanah menghantar beberapa gambar beliau memakai pakaian yang berbeza termasuk bersama pakaian dalam. Serius aahhhhh…..

Chanah bagaimanapun menolak untuk menghantar gambarnya memakai seluar dalam kepada lelaki itu. Of course lah kannn!

S2

Tidak puas hati dengan keengganan Chanah menghantar gambarnya memakai pakaian dalam, Danson meminta beliau menggantikan persalinan itu dengan bikini atau crop top. Kalau dah miang tu, miang jugak…

Pada ketika itu, saya berhenti membalas mesejnya. Saya hubungi Bahagian Sumber Manusia Suria KLCC (HR) untuk pengesahan terakhir bagi memastikan saya tidak menyebarkan maklumat palsu.”

 

 

Selepas itu, Chanah kongsikan screenshots perbualan dan e-mel itu di laman Instagram serta Facebook beliau untuk mengingatkan rakan-rakannya tentang penipuan seperti itu. Namun, tidak lama selepas post Facebook beliau menjadi viral, ia dipadamkan oleh pihak Facebook.

C3 1
sumber: instagram | chanah

Rupa-rupanya lelaki bernama ‘Gerald’ dan ‘Danson’ itu telah membuat laporan tentang post tersebut dan pihak Facebook membuat keputusan untuk remove daripada akaun Chanah.

Selepas daripada itu, seorang lagi lelaki bernama ‘Nicholas Chan’ menghubungi Chanah. 

Lelaki itu mengaku beliau adalah pelaku disebalik e-mel palsu dan mesej di Whatsapp. Beliau mahu memohon maaf kerana berasa menyesal dengan sikap tidak senonohnya itu. Lahhh, semua lelaki yang sama rupanya….

S3

Namun, walaupun sudah merayu memohon maaf, Chanah tetap tegas mahukan lelaki itu sedar dan belajar daripada kesilapan yang dilakukannya dengan memastikan semua orang menyedari tentang penipuan seperti ini.

Saya harap beliau tidak mengulangi kesilapan bodoh seperti ini dan belajar daripada kesilapan yang dilakukannya. Saya maafkannya namun terpulanglah kepadanya untuk fikirkan tentang apa yang saya katakan ini.”

Tindakan Chanah untuk memberi kesedaran ini kepada orang ramai sememangnya berjaya namun menurutnya, ada pula portal yang menyiarkan cerita yang tidak betul tentang kes ini.

“Beberapa portal menyampaikan cerita saya dengan maklumat yang salah (penipuan ini tidak melibatkan beberapa orang yang berbeza tetapi hanya SATU lelaki sahaja). Jadi saya harap pihak anda dapat membantu menulis artikel tentang ini. Saya harap pihak anda dapat menulis artikel penuh yang sebenarnya.”

“Tidak perlulah saya membuat pengumuman suatu hari nanti, saya cuma mahu artikel ini menjelaskan semuanya.”

Okay, jom tolong Chanah beri kesedaran dan menyebarkan cerita yang sebenarnya kepada orang ramai. Hati-hati okay kalau tiba-tiba terima mesej daripada orang yang tidak dikenali.

2016 22 12 12 33 54
sumber: instagram | chanah

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.