Mental illness ni bukanlah benda yang boleh diambil mudah. Tapi sampai sekarang masih ramai yang tak faham dan sering menganggap orang-orang yang mempunyai penyakit ini “mengada-ngada”.
Baru-baru ini, seorang lelaki dari Kentucky, Amerika Syarikat telah diberikan pampasan sebanyak USD450,000 (RM1,920,805) selepas rakan-rakan sepejabatnya telah membuat kejutan hari jadi untuknya.
Menurut laporan Linknky, Kevin Berling yang mempunyai penyakit anxiety disorder telah pergi ke rakan pejabatnya yang bertanggungjawab untuk menyambut hari lahir pekerja di sana untuk tidak membuat apa-apa sambutan untuknya kerana ia akan menyebabkan tekanan.
Namun begitu, orang tersebut telah terlupa dengan permintaan Kevin dan tetap menyambut hari lahir hingga membuatkan lelaki ini mendapat panic attack dan perlu pergi ke keretanya untuk menenangkan diri sebelum sambung kerjanya semula.
Pun begitu pada keesokan harinya, Kevin telah dipanggil ke dalam bilik meeting untuk berbincang mengenai kejadian yang berlaku semasa majlis hari lahirnya itu.
Pekerja di sana mula membaca akta rusuhan dan menuduh Kevin telah mencuri kegembiraan pekerja-pekerja lain.”
Disebabkan ini, Kevin sekali lagi telah mendapat serangan panik dan mula memeluk tubuhnya dan meminta agar mereka berhenti bercakap.
Kevin kemudiannya diarahkan untuk pulang ke rumah dan dipecat beberapa hari kemudian kerana mereka merasakan lelaki ini boleh bertindak di luar kawalan dan menjadi ganas.
Dia telah dipecat kerana panic attack. Mereka membuat andaian yang Kevin bahaya hanya kerana kekurangan yang dimilikinya dan bukan berdasarkan bukti yang kukuh.”
Sebulan kemudian, Kevin telah bertindak untuk menyaman syarikat tersebut kerana diskriminasi dan juri mahkamah telah sebulat suara bersetuju bahawa Kevin layak menerima pampasan sebanyak USD300,000 kerana tekanan emosi selebihnya untuk gaji dan faedah.
Tak pasal-pasal je dah rugi.
Baca: Ejek Nama Mak Bapak, Sentuh Isu Peribadi, Ini Jenis Buli Mental Yang Patut Kita Hapuskan