in

“Train Is Not Your Mosque”- Isu Solat Dalam KTM Jadi Bualan Netizen

Solat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Islam tu mudah. Tapi sejauh mana Islam tu mudah? Kalau nak bercakap tentang agama, mungkin admin masih naif dan tak begitu pandai dan taknak memandai-mandai. Tapi admin tertarik dengan satu ayat dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud,


“…Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…”

Nabi Muhammad S.A.W sendiri pula memperkukuhkan lagi kenyataan itu dengan mengatakan bahawa sesungguhnya agama itu adalah Mudah.

Capture 20190203 140216
Sumber: Twitter

Solat dalam KTM?

Ok berbalik pada isu yang jadi bualan netizen sekarang, solat dalam KTM. Mesti ramai tertanya, kenapa tak solat dekat surau je? Kenapa tak solat duduk? Tak menganggu ke orang keluar masuk nak lalu dalam train tu?

Ramai juga tertanya-tanya lepas tengok gambar ni. Ramai juga yang bagi pendapat dan bersuara dan lontarkan pendapat masing-masing. Ada dalam kalangan netizen tak bersetuju dan ada juga yang setuju.

Capture 20190203 141429
Sumber: Twitter

Capture 20190203 141600
Sumber: Twitter

Hanya berlaku first tren sahaja

Kalau nak diikutkan banyak lagi comment yang disuarakan dekat tweet tu. Tapi bila admin baca setiap comment yang diberikan. Terselit satu jawapan yang mungkin kita semua tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ternyata solat di dalam KTM hanya berlaku first tren je dan satu koc memang dah dijadikan tempat untuk solat subuh. Menurut tweet tu, benda ni dah lama dah tapi tu lah bangkit pula isu macam ni.

Capture 20190203 142428
Sumber: Twitter

Capture 20190203 142807
Sumber: Twitter

Mungkin ada pihak yang lebih tahu boleh jawab isu ni dan admin harap isu ni tak menyentuh sensiviti mana-mana pihak. So peace!

Baca: “Polis pun cakap ini benda kecil, budak kencing bukan orang dewasa” – Ibu Anak Kencing Di KTM Jelas Hal Sebenar

Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.