in

“Lelaki Kalau Merajuk Susah Nak Pujuk”- Isteri Hadap Sikap Merajuk Suami 20 Tahun

Untitled Project 64

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah anda merajuk dengan pasangan anda berhari-hari? Paling lama, berapa hari tidak bertegur sapa?

Di Jepun, terdapat satu pasangan suami isteri hidup dalam keadaan suasana harmoni bersama anak-anak. Namun, ada cerita duka yang disorokkan oleh suami sepanjang bersama.


Dipercayai punca salah faham tersebut adalah kerana si isteri lebih memberi tumpuan kepada anak-anak mereka.

Suami meluahkan dia rasa terkilan dengan isterinya dan merajuk sehingga tahap begitu kerana awalnya ingin mendapatkan perhatian.

Namun perkara itu berlanjutan sehingga tahun demi tahun.

Artikel berkaitan:Ingat Merajuk Atau Kena ‘Campak’? Ini Rupanya Sebab KJ Bertanding Di Sungai Buloh

Artikel berkaitan: “Meh sini abang meh” – Budak Merajuk Sampai Nak Terjun Bangunan Tinggi, Netizen Cair Dengar Cara Bomba Ni Pujuk

Menurut anak mereka, ibu mereka cuba memujuk bapanya namun respon bapannya sekadar mengangguk kepala dan hanya sepatah sahaja jawapan.

Anak mereka tidak tahan lagi dengan perkara itu yang berlanjutan sehingga 20 tahun.

Oleh itu, mereka meminta bantuan satu syarikat penyiaran untuk membantu memulihkan hubungan pasangan itu.

Dalam rakaman tersebut, lokasi perjumpaan diadakan ditempat pertemuan pertama mereka. Pada waktu itulah, mereka saling meluahkan apa yang terbuku dihati.

Akhirnya, si bapa meluahkan rasa kecil hati terhadap isterinya yang lebih utamakan anak-anak sehingga merajuk.

Kini mereka sudah mulakan kehidupan baru bersama anak meraka.

Lain macam kalau suami merajuk, 20 tahun dia punya pendam rasa kecewa.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.