in

Lelaki Jadi ‘Penunggu Profesional’, Raih RM903 Sehari Dengan Hanya Beratur Untuk Orang Kaya

Beratur Untuk Orang Kaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia ini, tidak dapat dinafikan ada pelbagai jenis pekerjaan yang pelik dan tidak pernah didengari ramai namun menjanjikan pendapatan yang lumayan.


Salah satu darinya ialah pekerjaan yang dilakukan oleh seorang lelaki berusia 31 tahun ini apabila dia memilih menjadi ‘penunggu profesional’.

 

Sanggup beratur panjang, raih RM 112 sejam

Menurut Utusan Online, lelaki yang berasal dari United Kingdom (UK) bernama Freddie Beckitt ini ditugaskan untuk beratur dalam jangka masa yang berjam-jam lamanya untuk golongan kaya yang menggunakan khidmatnya.

Dari pekerjaan ini dia memperoleh 20 pound bersamaan RM 112 sejam dan 160 pound bersamaan RM 903 sehari. Wow!

Queue 1536X1061 1

Dia yang mempunyai pekerjaan hakiki sebagai penulis fiksyen dari Fulham itu telah membuat side job ini sejak 3 tahun lalu lagi.

Freddie juga pada masa yang sama berharap dapat beratur dengan lebih panjang lagi supaya dia dapat menjadikan ‘kerjaya’ ini sebagai sepenuh masa.

Saya sanggup beratur panjang asalkan ada yang sudi membayar bagi melakukan tugas itu.

“Saya mengiklankan perkhidmatan itu dalam Taskrabbit yang menawarkan pelbagai tawaran pekerjaan pelik dan pelanggan hanya perlu memilih perkhidmatan yang diinginkan,” katanya.

 

Pernah beratur 8 jam untuk beli tiket pertunjukkan Dior

Kebanyakan pelanggannya adalah golongan berada yang tidak mempunyai masa untuk beratur panjang, contohnya membeli tiket untuk acara popular yang diadakan.

Cold Storage Bugis Junction

Dia juga pernah beratur selama 8 jam untuk membeli tiket pertunjukan V&A Christian Dior.

“Masa sebenar hanyalah tiga jam, tetapi pelanggan meminta saya mengambil tiket dan menunggu mereka tiba di acara itu. Saya tidak kisah asalkan dibayar 20 pound sejam,” katanya.

Fuh masyuk betul pekerjaan dia ni. Kat Malaysia tak ada ke macam ni eh?

Baca: Dikutuk Tak Comel Oleh Bos Butik, Gadis Ini Terkejut Dapat Emel Pelik Lepas Mohon Kerja

Cute

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.