in

Lelaki Ini Saman Keluarga Mertua Lepas Dapat Tahu Isteri Bukan Wanita Sejati

Feature 1 E1633834017288

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejujuran dan kesetiaan merupakan perkara paling penting untuk dapatkan rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Kalau tak ada kedua-dua ni, susah untuk pasangan yang baru berkahwin tinggal sebumbung.


Namun, itu lah yang berlaku kepada seorang lelaki di Uttar Pradesh, India ini sebab dia baru dapat tahu yang isteri yang dikahwininya selama dua bulan itu sebenarnya adalah transgender! Memetik laporan India.com, selepas rahsia itu terbongkar, lelaki tersebut telah menyaman keluarga mertuanya sebab dia rasa macam ditipu.

Trans 1
Gambar sekadar hiasan

Kisahnya mula terbongkar sebab ketika baru berkahwin, pasangan ini mengalami masalah untuk menjalankan hubungan intim. Si suami juga mendakwa bahagian alat sulit isterinya macam bukan normal.

Pada mulanya, si isteri mendakwa dia mempunyai masalah kesihatan, so ini menyebabkan dia tak boleh nak jalinkan hubungan dengan suaminya.

Kemudiannya, dia telah membawa ‘isterinya’ itu untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar sakit puan dan rupa-rupanya, isterinya itu bukanlah wanita sejati seperti yang disangka sebaliknya seorang lelaki yang telah menukar jantina.

Trans 2
Gambar sekadar hiasan

Menurut pihak polis, lelaki tersebut telah membuat laporan polis sejurus mengetahui perkara sebenar tentang ‘wanita’ tersebut menggunakan laporan kesihatan ‘isterinya’. Laporan dibuat sebab dia mendakwa keluarga mertuanya tidak memberitahu perkara sebenar tentang ‘wanita’ itu sebelum mereka berkahwin pada April lalu.

Kes ini juga sedang dalam siasatan polis. Apa-apa pun, sebab ni lah pentingnya kejujuran dalam sesebuah hubungan. 

Sumber: India.com, Oddity Central

Baca: “Ku ingin wanita sholeha tapi dapatnya solihun”- Lelaki Kecewa Gadis Solehah Yang Dikenali Dari ‘Dating Apps’ Rupanya Mak Nyah

Trans

Sumber: India.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.