in

Lelaki ‘Fed Up’ Tayar Kereta Meletup Gara-gara Jalan Rosak, Tanam Pokok Krismas Di Jalan Berlubang

Ft Jalan Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak ‘bengang’ kalau terpaksa berhadapan dengan jalan raya yang rosak dan berlubang-lubang sehingga bukan sahaja boleh merosakkan kenderaan masing-masing malah sehingga tahap boleh berlakunya kemalangan sehingga meragut nyawa.


Walaupun sudah berkali-kali aduan dibuat kepada pihak berwajib untuk membaiki keadaan jalan raya yang rosak ini, namun masih tidak diendahkan ‘aduan’ rakyat ini sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kepada mereka yang terlibat.

 

‘Fed up’ jalan raya berlubang, tanam pokok krismas dalam tu

Seperti yang berlaku kepada lelaki dari Massachusetts ini, dia dikatakan ‘fed up’ dengan jalan raya berlubang sehingga dia mengambil keputusan untuk menanam pokok krismas di dalam lubang jalan raya rosak itu.

Feat Krismas

Krismas

Fuh, perli baik ni. 

Lelaki itu yang dikenali sebagai Kevin Martin telah dalam perjalanan untuk mengambil pesanan makanan yang dibuatnya di North Attleborough pada malam Sabtu yang lepas.

 

Semua tayar kereta ‘meletup’

Semasa dalam perjalanan itu, dia telah terlanggar beberapa lubang jalan raya yang rosak sehingga menyebabkan keempat-empat tayar keretanya ‘meletup’.

Menurut laporan UPI, lelaki berkenaan ada membuat aduan sebelum ini kepada kerajaan pusat dan bandar berhubung isu jalan berlubang itu namun, masih tiada sebarang tindakan daripada pihak kerajaan untuk membaiki jalan rosak itu.

Dia bukan sahaja terpaksa membayar harga makanan yang telah dipesannya itu, malah dia juga terpaksa menanggung kerugian sebanyak lebih daripada $600 yang bersamaan dengan lebih RM2,000 sebagai kos untuk membaiki keretanya yang rosak gara-gara terlanggar jalan raya berlubang

Makanan tak dapat, duit pulak melayang.

 

Baiki jalan dengan cara sendiri

Dia yang ‘fed up’ dengan situasi itu telah mengambil tindakan dengan caranya yang tersendiri dengan bertindak untuk menanam pokok krismas di dalam lubang jalan raya rosak itu agar insiden sama tidak berlaku kepada orang lain.

Saya perlu pastikan jalan rosak itu dibaiki dengan apa cara sekalipun. Saya tahu bukan saya seorang sahaja yang mengalami kerosakan tayar apabila lalu di kawasan itu. 

Martin memberitahu bahawa dia telah pergi ke Home Depot untuk membeli tanah dan pokok krismas kecil.

Dia telah ‘berkebun’ untuk menanam pokok krismas itu pada pagi Isnin lalu semasa melalui jalan itu untuk ke tempat kerja.

Tanah

Martin turut memberitahu bahawa dia bertindak sedemikian untuk mendesak pihak berwajib mengambil tindakan untuk membaiki jalan berlubang itu.

Usahanya itu membuahkan hasil apabila pokok yang ditanamnya itu telah dibuang pada waktu tengah hari, hari yang sama dan lubang jalan raya rosak itu telah pun dibaiki.

Repair

Ada siapa-siapa nak try? Mungkin berhasil. 

Baca: “Aduan dibuat tapi langsung xde respon” – Lelaki Pacak Batu Nisan Dalam Jalan Berlubang, 12 Jam Lepas Itu…Baca Jalan

Sumber: UPI
Sumber: UPI
Sumber: UPI
Sumber: UPI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.